Bangkitlah Wahai Pemuda!

8/5/2014

Alhamdulillah! Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, satu program kerohanian berjaya dilaksanakan di Sekolah Sultan Alam Shah setelah sekian lama program seperti ini tidak dijalankan. Atas permintaan pihak sekolah, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program 'KEMBARA MUNAJAT SYABAB' yang bermatlamat untuk menerapkan semangat syabab (pemuda) dalam diri pelajar untuk sama-sama berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan untuk melahirkan generasi pemuda Ulul Albab (Cerdik Akal).

           Para pelajar berkumpul di dalam Surau Alam Shah                     
 Setiap pelajar menerima satu 'goodies bag' yang berisi sebuah buku nota kecil, pen, sebotol air mineral dan brosur program.

Penerimaan Goodies Bag
Kemudian, program ini dimulakan dengan Kuliah Maghrib yang bertemakan Syabab dan Islam yang disampaikan oleh seorang pegawai daripada JAWI.

Penceramah JAWI

Kuliah Maghrib
Setelah itu, kami menunaikan solat Isyak secara berjemaah dan program diteruskan lagi dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dijalankan oleh Persatuan Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Para pelajar SAS dibahagikan kepada 30 kumpulan mengikut kelas yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima

Ucapan Dato' Ibrahim, AJK PIBG SAS
Sesi Taklimat LDK
Barisan Fasilitator Lelaki
Fasilitator Wanita
Sesi Pembahagian Fasilitator mengikut kumpulan 
Kemudian, sesi LDK pun bermula setelah semua kumpulan berserta fasilitator mengambil tempat masing-masing.

Kumpulan E
Kumpulan C

Kumpulan B
Dan inilah kumpulan saya, C4.

Fasilitator: Abg Faisal

Kumpulan C4
 Antara aktiviti LDK yang dijalankan oleh kami.

Saya sedang membincangkan strategi untuk LDK

Aktiviti LDK:Tiang Agama

Sesi Pembinaan

Sesi Pengukuhan

Sesi Ujian
Aktiviti ini mendatangkan banyak manfaat kepada semua pelajar. Di samping menyedarkan kami akan peri pentingnya menunaikan solat yang sekhusyuk mungkin, senario ini juga serba sedikit mengukuhkan hubungan silaturrahim dan Ukhuwah Islamiyyah sesama pelajar kerana hal inilah yang menjadi harapanku selaku Timbalan Ketua Pelajar untuk melihat hubungan yang erat sesama pelajar tanpa mengira umur atau 'batch'. 









*Sesi LDK Tamat

Setelah tamatnya sesi LDK, sedikit refleksi diri dan rumusan program telah dijalankan oleh para fasilitator.


Pada keesokan harinya, program diteruskan lagi dengan aktiviti qiamullail pada awal pagi dan diteruskan dengan Solat Subuh secara berjemaah dan Kuliah Subuh.

Pada sebelah pagi, program Bicara Santai telah diadakan...

*Program Bicara Santai berbentuk forum
*Para pelajar khusyuk mendengar forum
Setelah program Bicara Santai tamat, program Kembara Munajat Syabab diteruskan dengan majlis penutupan dan penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya, YBhg. Tuan Haji Mat Jusoh Bin Sudin.

*Ucapan Perasmian Penutupan Program Kembara Munajat Syabab

Semoga program ini berjaya menyuntik semangat para Syabab SAS untuk berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat menyumbang untuk kemajuan agama, bangsa dan tanah air.

Dan inilah pesanan As-Syahid Imam Hassan Al Banna Buat Para Pemuda (Syabab):



*credit gambar : JAWI

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0