Demi Satu Perjuangan...


            "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka dia akan memotongmu"                                                                                                             (Pepatah Arab)

Pejam celik.. pejam celik.. aku sudahpun berada di tingkatan lima. Tidak ku sangka, masa pantas berlalu.  Tidak lama lagi, aku akan menamatkan pengajian peringkat menengahku di sekolah yang tercinta ini dengan menghadapi peperiksaan SPM 2015.


Pada pendapatku, pengalaman menimba ilmu di sebuah sekolah yang terulung di Malaysia ini banyak mengajarku erti kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah berasrama penuh. Hal ini adalah kerana situasi kehidupan pelajar di SBP sangat berbeza dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Aku sangat seronok kerana di asrama, aku belajar untuk  saling menyayangi antara satu sama lain melalui penerapan ukhuwah Islamiah dalam kalangan pelajar tanpa mengira tingkatan. Sebagai contoh, dalam BUSAS, aku belajar bahawa ukhuwah Islamiah sangat penting dalam perjuangan dakwah di sekolah...
Aku bersama BUSAS F3

Aku bersama BUSAS F2

Aku sangat bersyukur kerana dengan sokongan dan bantuan mereka, aku berjaya melaksanakan amanahku sebaik mungkin sebagai Timbalan Presiden Kerohanian BUSAS (2014) dan Timbalan Ketua Pelajar SAS (2015). Tanpa mereka, mungkin aku tidak mampu melaksanakan program-program pembangunan modal insan di sekolahku demi kemaslahatan pelajar. 
Buat para pelajar Tingkatan Tiga, semoga berjaya dalam PT3 2015 dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dan para pelajar tingkatan Empat dalam Peperiksaan Diagnostik Tingkatan Empat serta para pelajar tingkatan Lima dalam peperiksaan SPM 2015. Ayuhlah kita berjuang untuk menaikkan nama sekolah di persada tanah air tercinta...
 

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0