Tioman Kami Datang!

Alhamdulillah,aku bersyukur kepada-Nya kerana aku berpeluang untuk menyertai satu perkhemahan bersama-sama pemimpin-pemimpin umat sekolahku. Tidak kusangka, setelah meninggalkan alma mater tercinta ini, program Ihya' Ad-Din yang aku usahakan suatu ketika dahulu telah membuahkan hasil yang sangat memberansangkan. Antaranya ialah Pelantikan Imam dan Bilal Rasmi SAS yang terdiri daripada beberapa orang pelajar lepasan Program Tahfiz Alam Shah yang masih diteruskan sehingga kini serta para Dai' Muda yang meneruskan perjuangan untuk mencetus kebangkitan umat Alam Shah!
Dalam program yang diberi nama Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar SAS 2016, aku telah dilantik sebagai urusetia untuk membantu penyelaras program, Koperal Affendy dari IPD Putrajaya serta Cikgu Azmi. Perkhemahan ini disertai oleh 15 orang pelajar SAS yang terdiri daripada Imam, Bilal dan Daie Muda serta enam orang pelajar Sekolah Menengah Sains Banting (BaSiS) yand telah diadakan pada 15-18 Mac 2016. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Water Confidence, LDK, Snorkelling, Sukan Rakyat, Kuliah Subuh & Maghrib, Jungle Trekking serta Aktiviti Khidmat Masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan ketahanan mental dan fizikal peserta yang bukan sahaja boleh mengimami solat berjemaah, tetapi juga mempunyai kemahiran yang menjadi nilai tambah pada mereka...
Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca