Empat Bulan di Pulau Mutiara Borneo
Alhamdulillah, sudah hampir empat bulan aku berada di Labuan setelah aku menamatkan pengajian peringkat menengahku di SAS sementara menanti tawaran ke menara gading /UPU yang akan diumumkan pada minggu hadapan. Banyak perkara yang telah aku perhatikan di sini yang tiada di Semenanjung sana. Aku juga turut menanti jika ada teman-temanku yang mahu berkunjung ke sini bagi melihat keindahan Pulau Mutiara Borneo ini yakni Wilayah Persekutuan Labuan...
| Tarikan Pelancong di Labuan #promote |
Kini, ramai juga yang masih keliru dengan Labuan dengan Sabah...
"Eh, Labuan tu kat Sabah kan?"
"Labuan tu pulau ke daerah kat Sabah?"
Inilah antara persoalan yang dilontarkan terhadapku ketika aku pulang ke Semenanjung. Oleh sebab itu, di sini aku ingin memberi pencerahan mengenai Labuan.
Labuan suatu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei Darussalam. Ketika era kolonial British digelarnya pula sebagai 'Victoria Island' tetapi pada zaman penjajahan Jepun pula, pulau ini dinamakan sebagai 'Maidashima'. Selepas itu, pulau ini berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Pada tahun 1984, kerajaan Sabah telah menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Persekutuan dan pulau ini dinamakan semula sebagai 'Wilayah Persekutuan Labuan' bersama dengan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tahun 2001. Kini, Labuan ditadbir oleh Perbadanan Labuan yang dipengerusikan oleh YB Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.
Tidak dinafikan, Labuan juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan Semenanjung. Di sini toleransi pelbagai kaum dan agama jelas kelihatan tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak. Majoriti penduduk di pulau ini beragama Islam dan mengikut kaum, majoritinya terdiri daripada Kaum Bumiputera Sabah seperti Melayu Brunei, Kedayan dan Kadazan-Dusun.
Untuk pengetahuan para pembaca, aku dan keluargaku telah tinggal di sini selama hampir tiga tahun kerana bapakku ditawarkan untuk menjadi Pensyarah Kokurikulum di Kolej Matrikulasi Labuan. Tidak dinafikan, aku berjauhan dengan keluargaku selama tiga tahun terakhir di SAS. Walaupun pada mulanya agak sukar untukku mengadaptasi suasana berjauhan sebegini, tetapi situasi seperti inilah yang mematangkan fikiranku untuk terus berjuang menimba ilmu di Alma Materku, Sekolah Sultan Alam Shah.
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana baru-baru ini, permohonan pertukaran bapaku telah berjaya dan bapaku ditawarkan untuk berpindah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah yang merupakan negeri kelahirannya manakala aku pula ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM bagi Jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Selangor yang terletak di Banting. Walaupun agak jauh jaraknya di antara dua kolej matrikulasi ini, aku tetap bersyukur kerana kami dapat kembali menetap di Semenanjung setelah tiga tahun menetap di sini. Tidak dinafikan, suasana di sini sangat tenang berbanding Bandar Raya Kota Kinabalu mahupun Kuala Lumpur kerana tiada kesesakan trafik dan hembusan angin malamnya sungguh nyaman dan menyejukkan sekeliling...
Akhirul kalam, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk menjemput ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan untuk datang ke Labuan untuk tujuan 'Escaping the hustle and bustle of the everyday life' hehehe... :D

Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca