2 'U' Pada 16 Mei 2016: Hari gUrU dan tawaran Universiti@UpU
16 MEI 2016
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang sangat istimewa kerana pada tanggal 16 Mei setiap tahun, kita akan sama-sama meraikan warga pendidik Malaysia yang banyak berjasa dalam usaha menjana modal insan yang kamil. Bertepatan dengan tema Hari Guru tahun ini, 'Guru Pembina Negara Bangsa', sememangnya peranan guru cukup besar kerana mereka umpama lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan dalam diri anak bangsa Malaysia. Aku turut bangga kerana kedua-dua orang ibu bapaku juga merupakan warga pendidik yang memegang jawatan profesional dalam kategori penjawat awam iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Aku membesar dalam suasana keilmuan tatkala aku diterapkan dengan amalan membaca yang sememangnya mendatangkan manfaat apabila dilakukan pada masa senggang. Sejak kecil, aku sudah membaca bermacam-macam jenis buku yang merangkumi bidang bahasa, sejarah, sains dan keagamaan. Melalui amalan membaca inilah, minatku untuk mendalami ilmu sejarah dan ketamadunan di samping bidang bahasa dan sastera bermula. Pada waktu aku berada di bangku persekolahan, aku memanfaatkan sepenuhnya bahan-bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah, akhbar, artikel dan majalah-majalah terbitan DBP yang ditaja oleh pihak PIBG sekolahku yang sangat membantuku untuk meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu semasa di samping memantapkan isi karangan untuk kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPMku. Alhamdulillah, dengan berkat bimbingan dan pengajaran guru-guruku di samping amalan membaca, aku mendapat keputusan yang terbaik buatku dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM serta mendidikku untuk menjadi insan yang berguna. TERIMA KASIH CIKGU! #SelamatHariGuru2016 #HappyTeacher'sDay2016 #GuruPembinaNegaraBangsa
Tambahan pula, hari ini juga aku akan mengetahui keputusan tawaran kemasukan ke universiti dan inilah keputusannya...
ALHAMDULILLAH AKU MENDAPAT TAWARAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN ASASI UNDANG-UNDANG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA!!! :DDD
Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan rezeki buatku. In Shaa Allah, akan ku usaha sebaik mungkin untuk memanfaatkan peluang untuk melanjutkan pelajar ke UiTM yang dikhaskan untuk BUMIPUTERA sebagaimana aku ditawarkan untuk menuntut ilmu di SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH. Semoga Allah mempermudahkan urusanku untuk menuntut ilmu di UiTM Aamiin.... #UiTMDiHatiku #DemiAlifBaTa

Alhamdulillah. Sama-sama nanti ae Amsyar dalam bidang ni. Martabatkan Islam. Huhu. In Shaa Allah.
ReplyDeleteIn Shaa Allah brother Muteq, semoga kita dipermudahkan untuk mendalami undang-undang Islam di samping undang-undang Sivil In Shaa Allah Aamiin :D
Delete