Minggu Pertama Kuliah @ UiTM Dengkil ^_^

Alhamdulillah, sudah seminggu lebih aku mengharungi arus perjuangan menuntut ilmu di UiTM Dengkil. Banyak perkara baharu yang telah aku timba sebagai persediaan menjadi mahasiswa program Asasi Undang-undang UiTM di UiTM Dengkil ini selamat 2 semester yakni satu tahun sebelum aku melangkah ke alam ijazah sarjana muda. Terdapat tujuh subjek yang akan aku pelajari sepanjang semester satu di sini...

Subjek-subjeknya ialah:

1) Undang-undang
- Introduction to Law I (Law012)
Pembelajaran mengenai asas-asas dalam bidang undang-undang 

- Introduction to Malaysian System Of Government and Politics (Law016)
Sukatan pembelajaran yang lebih kurang sama dengan subjek Sejarah KBSM dan lebih mendalam #subjekyangpalingdiminati

- Legal Research and Information Processing Skills (Law038)
Kelas untuk subjek ini belum bermula -_-

2) Bahasa Inggeris
- English For Foundation Studies I (ELC080)
Subjek ini sedikit sebanyak membantu melakukan persediaan untuk menghadapi peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) 

- Critical Reading and Reasoning For Foundation Studies (ELC091)
Subjek ini pula mengenai kemahiran membaca dan membuat ulasan berdasarkan bahan bacaan yang dibaca di samping meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

3) Asas Komputer
- Computer and Information Processing (CSC134)
Subjek yang menekankan kepentingan menguasai asas-asas penggunaan komputer dan kemahiran memproses maklumat

4) Pendidikan Islam
- Islamic World View/Tasawwur Islam (CTU085)
Pengajian asas ilmu-ilmu dalam agama Islam ^_^

Aku ditempatkan dalam kumpulan PI005L4 yang terdiri daripada LIMA orang mahasiswa termasukku dan 21 orang mahasiswi. Nampaknya kelasku didominasi oleh pelajar perempuan. Suatu pengalaman baharu buatku setelah lima tahun menuntut ilmu di SAS yang semuanya terdiri daripada pelajar lelaki... ^_^

PI005L4, Future Lawrians-to-be...
                                     
Iftar Jamaie/L4 Bersungkai di Kafeteria Palma
 In Shaa Allah, semoga kita dipermudahkan untuk menuntut ilmu di sini... ^_^  #asasilawuitm #uitmdengkil #uitmdihatiku #usahataqwamulia
                            

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tak sabar to see you be called to the BAR - Congrats Amsyar

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ahmad Amsyar....hidup org Yan

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruangan Pembaca

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0