Warkah Buat Sahabatku... ^_^

14/4/2017


1- Bismillahirrahmanirrahim.
2- Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...
3- Alhamdulillah, segala pujian buat Allah Rabbul Jalil kerana aku telah berjaya menamatkan pengajian Asasi Undang-undang UiTM setelah tamatnya kertas 'Academic Writing For Foundation Studies' pada hari Rabu yang lalu. Setelah hampir setahun (dua semester) berjuang menuntut ilmu di sini, banyak perkara yang telahku pelajari di samping pengalaman pahit dan manis... suka mahupun duka... yang mengajarku tentang erti kehidupan manusiawi...
L4 ^_^
4- Keduanya, buat rakan-rakan seperjuangan kelas L4, terima kasih banyak-banyak kerana telah sudi menjadi temanku di saat suka dan dukaku sepanjang dua semester ini. Kenangan bersama ketika di dewan/bilik kuliah mahupun di luarnya takkan aku lupa kerana pada waktu inilah kita bersama-sama 'struggle' untuk mendapat 'results' yang cemerlang selain bergurau senda XD Aku minta maaf jika ada salah dan silap sepanjang kita berkawan... Aku yakin setiap daripada kita ada potensi masing-masing yang perlu dicungkil dan ditonjolkan agar kita dapat kenalpasti kelebihan yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Semoga kita semua akan berjaya mencapai cita-cita masing-masing dengan izin-Nya...
SMAs ^_^
5- Seterusnya, sekalung penghargaan juga buat rakan-rakan Sekretariat Mahasiswa Asasi (SMA) kerana telah memberi kerjasama dan sokongan sepanjang kita menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin-pemimpin pelajar. Anda semua merupakan insan-insan yang hebat! Walaupun kita semua datang daripada pelbagai latar belakang (pendidikan, pemikiran, keluarga dsb), namun kepelbagaian kita inilah yang saling melengkapi antara satu sama lain. Aku juga ingin memohon kemaafan kalau ada kekhilafan (salah dan silap) sepanjang aku memimpin kalian dan banyak juga perkara yang aku belajar daripada anda semua... Selamat Maju Jaya!
6- Akhirul kalam, semoga kita semua mendapat keberkatan dan ketenangan dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini dan menjadi insan yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan tanah air kita yang tercinta...

SEMOGA TERUS BITARA!
Ikhlas daripada,
Ahmad Amsyar.

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0