Mengapa #PKPIMPilihanku?

Barisan Pelajar Islam...
Berjuang untuk keadilan...
Berbakti pada agama...

Membela maruah bangsa...

Setelah menempuh perjuangan lebih lima dekad lamanya, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) masih kekal mandiri sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam yang tertua di Malaysia. Pergerakan inilah yang menjadi pencetus penubuhan sebuah lagi gerakan Islam yang masyhur di persada tanah air yakni Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang telah berhasil melahirkan tokoh-tokoh pemuda dalam pelbagai bidang seperti perundangan, keagamaan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. 

Mengapa #PKPIMPilihanku sebagai kesinambungan wadah perjuangan #BUSAS dahulu?

1. PENDEDAHAN AWAL
    Aku telah mengikuti perkembangan gerakan ini sejak zaman persekolahan lagi. Pertemuan yang pertama kali semasa Mukhayyam Rijal Al Fateh BUSAS 2014 yang dianjurkan bersama dengan ABIM Bangi yang dikendalikan oleh Sdr Afiq Ramlee, Nizam Shamsuddin, Pak Wawan dll. Alhamdulillah, ketika itu berkesempatan juga untuk berkenalan dengan Sdr Fazril Saleh, Mantan Presiden PKPIM 2014-2016 (Memegang portfolio Timbalan Presiden ketika itu) yang memberi inspirasi untuk bergiat aktif dalam kegiatan intelektual dan kerohanian. Di samping itu, ramai juga tokoh-tokoh PKPIM dan ABIM yang pernah dijemput untuk membuat perkongsian dengan pemuda-pemuda SAS seperti Sdr Fazril sendiri, Ustaz Naim Noor (Mantan Timbalan Presiden ABIM) serta Ustaz Jufitri Joha (Naib Presiden ABIM). Mereka inilah yang menjadi qudwah untuk bergiat cergas dalam PKPIM kini.


Sdr Afiq Ramlee

Ustaz Naim Noor

Pak Wawan

Sdr Fazril Saleh
AJK BUSAS bergambar bersama Sdr Afiq dan Nizam
                             
                                        Kuliah Ibrah Pemuda oleh Sdr Fazril
Kuliah Maghrib (Andalus) oleh Ustaz Jufitri

2. CORAK KEGIATAN GERAKAN
            Tambahan pula, corak pergerakan PKPIM ini tidak menjurus kepada elemen kerohanian semata-mata, malah turut berorientasikan:
  1. Dakwah dan Tarbiah
  2. Ilmiah (Keilmuan)
  3. Desekularisasi
  4. Wasatiah (Kesederhanaan)
  5. Jamahiriah (Gerakan Massa)
  6. Waqi'iah (Setempat)
  7. Tarikhiah (Historis)
  8. Alamiah (Antarabangsa)
  9. Non-Partisan 
Gerakan ini memfokuskan kepada pembangunan modal insan khususnya golongan mahasiswa/i  menurut Empat Lingkung Kebitaraan iaitu Idealisme, Intelektualisme, Aktivisme dan Spiritualisme dengan matlamat untuk melahirkan Mahasiswa Bitara yang mampu berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Tuntasnya, inilah elemen-elemen yang menjadikan PKPIM ini unik untuk dijadikan wadah perjuangan dakwah dan keilmuan. Memperlihatkan keadaan generasi muda kini yang semakin kaya hartanya namun miskin jiwanya, PKPIM tampil melaksanakan pelbagai program pembangunan modal insan buat remaja dan mahasiswa yang turut mendapat kerjasama daripada Badan-badan Gabungan Negeri (BGN) dan sebahagian cawangannya di Kampus-kampus utama di tanah air ini. 

Akhirul kalam, semoga PKPIM kekal menjadi wadah yang terus berbakti pada ummah dan negara dengan izin-Nya sebagaimana yang diikrarkan dalam rangkap pertama lagu rasminya yang dinyatakan pada awal coretan ini. Hidup Biar Berjasa!

#akuahliPKPIM
#MemperteguhDinamikaGerakan
#MenerajuiKebangkitanMahasiswa
#hidupbiarberjasa

Fatih Ahmad
28/12/2017
Seremban
Negeri Sembilan

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0