Bangkitlah Wahai Pemuda II

8-10/6/2018

Di sini..

Berkumpulnya sekelompok pemuda
Yang tangguh jiwanya,

Beruzlah mencari ketenangan insani,

Setelah berbulan-bulan lamanya 

Menyelam di lautan ilmu,

Mengorak langkah menuju

Hakikat kehidupan...

...


Tamrin Rijal Nasional 2018 telah menghimpunkan seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada aktivis PKPIM Pusat, Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM yakni KPIJ, PPIWP, PEMBIMBING, IKATAN selain daripada para aktivis Kampus PKPIM iaitu UKM, UM dan UIA. 

Tamrin (Latihan) kali ini lebih berfokus kepada misi pengukuhan ANGKATAN RIJAL AL-DAKWAH yang berteraskan 10 Muwasafat Tarbiah/Ciri-ciri Individu Muslim yakni:

  1. Salimun Aqidah (Akidah yang Sejahtera)
  2. Sahihul 'Ibadah (Ibadah yang Benar)
  3. Matinul Khuluq (Akhlak yang Mantap)
  4. Qadirun 'Ala Kasbi (Mampu Berdikari)
  5. Musaqafatul Fikr (Luas Ilmu Pengetahuan)
  6. Qawiyul Jism (Kuat Tubuh Badan)
  7. Mujahidun Li Nafs (Bermujahadah Melawan Hawa Nafsu)
  8. Munazzamun Fi Syu'unih (Tersusun dalam Setiap Urusan)
  9. Harishun 'Ala Waqtihi (Menepati Masa)
  10. Nafiun 'Ala Ghairihi (Bermanfaat buat Orang Lain)
Kredit: Indahnya Islam
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa Tamrin ini sedikit sebanyak membangkitkan semangatku untuk berusaha menjadi Rijal (Pemuda) yang mampu memenuhi kesemua Muwasafat Tarbiah tersebut...
  • Santai@Unggun Api - Berkongsi pengetahuan berkaitan pengertian, tanggungjawab, kelebihan dan kekhilafan Rijal
  • Tahsinul Ibadah - Mengulangkaji Rukun-rukun Islam dengan lebih mendalam  
  • Taddabur Surah Luqman - Memantapkan keyakinan dan Akidah Islamiah
  • Lautan Ilmu - Keperluan untuk meningkatkan ilmu pengetahun dalam segenap bidang 
  • Lempar Air - Mengatur urusan sebaik mungkin agar tidak mudah tersungkur di tengah jalan
  • Garis Kehidupan - Menjadikan kisah kehidupan silam sebagai motivasi dan iktibar untuk menjadi insan yang lebih baik
  • Perang Lilin - Menguji ketahanan MENTAL dalam menjalankan kegiatan dakwah
  • Kembara Malam@Pinggir Sungai - Berjalan seorang diri di denai hutan dan tebing sungai di samping memperkukuh keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT
  • Latihan Fizikal - Menguatkan tubuh badan agar sentiasa cergas dan tidak mudah jatuh sakit 
Tuntasnya, Tamrin Rijal Nasional 2018 merupakan salah satu rukun jemaah PKPIM selain daripada Usrah (Perbincangan) dan Muktamar (Mesyuarat Agung Tahunan) yang wajar diikuti oleh setiap aktivis PKPIM dalam usaha Memperteguh Dinamika Gerakan PKPIM dan Menerajui Kebangkitan Mahasiswa. Walaupun  pada waktu itu, aku masih belum menyelesaikan tugasan hakiki sebagai seorang mahasiswa (Peperiksaan Akhir Semester 2), aku sempat meluangkan masa untuk menyertai tamrin ini yang sedikit sebanyak menenangkan fikiranku yang tepu setelah dua minggu lamanya, aku asyik menghadap lembaran buku teks undang-undang mahupun layar komputer untuk tujuan ulang kaji. Semoga keputusan yang terbaik dikurniakan oleh-Nya :)

Aamiin..

P/A: Sekalung penghargaan buat jawatankuasa tamrin, fasilitator dan para peserta yang telah berjaya menamatkan TRN2018 dengan jayanya. Anda semua memang TERBAIK!

Yang Masih Menekuni,
Fatih Ahmad.

Sorotan Lensa Tamrin Rijal Nasional 2018
(Kredit kepada: Bros Bilal, Naa'im, Saiful, Hafiz, Luqman, Lukman)


Menyiapkan hidangan buka puasa
Solat Terawih
Santai@Unggun Api
Tahsinul Ibadah
Tadabbur Surah Luqman
Lautan Ilmu oleh Abg Radzi, Mantan NP PKPIM
Amanat Presiden PKPIM, Sdr Khair Sujud
Ucapan Penutupan oleh Abg Aliemran, YDP ABIMWP


Angkatan Rijal ad-Dakwah!
Air Sungai Langat yang Menenangkan...
Mandi di sini hampir 3-4 kali sehari XD

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0