Ayuh Raikan Pesta Demokrasi Kampus!

Demi Ilmu Mutu dan Budi!

Detik 8.30 pagi pada Khamis yang lalu…

Gendang PRK UKM telah dipalu!

Tatkala kaunter-kaunter penamaan calon mula dibuka di PUSANIKA dan fakulti-fakulti,

Menyaksikan pertembungan pelbagai partai mahasiswa yang baru menjelma setelah hegemoni Aspirasi di dalam kampus mula ghaib pasca 9 Mei yang lalu,

Nama-nama seperti Demokrat UKM, Republican, Inspirasi Varsiti mahupun Revolusi Mahasiswa/Tindakan Siswa Bersatu,

Mula meniti di bibir-bibir mahasiswa yang cakna dengan acara tahunan kampus ini!

Fenomena ini seharusnya menjadi titik permulaan UKM Baharu, 

Yang mesti digerakkan oleh kita semua,

Melalui platform ‘kuasa rakyat’ varsiti ini…



Teman-teman seperjuangan,

Jika masih ada dalam kalangan kita yang memandang enteng terhadap PRK ini…

Sedarlah!

Bangkitlah!

Walaupun pada hakikatnya… 

Bukan mudah untuk kita kembali ke zaman prapembinaan tembok AUKU… 

Yang memperlihatkan keberanian dan kebijaksanaan pemimpin kita, 

Memimpin warga intelektual muda kampus!

Namun,

Inilah ruang yang semestinya kita manfaatkan! 

Agar dapat membuktikan bahawa mulut-mulut kita yang diam selama ini,

Sedikit sebanyak mampu memacu perubahan di varsiti kita!

Seperti mana yang kita hajatkan selama ini…


Buat calon-calon MPP,

Tidak kiralah anda mewakili partai mana sekalipun,

Seandainya mandat diberikan kepadamu, 

Tunaikanlah tanggungjawab anda sebaik mungkin!

Jangan jadikan perbezaan blok politik sebagai alasan,

Untuk tidak berkhidmat setulus hati kepada kami semua…

Usah biarkan diri kamu DITUNGGANG ataupun DIBONEKAKAN,

Oleh tangan-tangan durjana yang tersembunyi!

Yang menjadikan kita sebagai bidak-bidak di papan catur,

Di arena politik kampus mahupun nasional…


Akhirul kalam,

Ayuh teman-teman mahasiswa sekalian!

Kita tunaikan amanah murni ini dengan semangat yang baharu,

Pandanglah ke hadapan!

Usahlah kita teruskan zaman kemandoman kita!

Celiklah! Sedarlah! Bangkitlah!

Ayuh kita raikan pesta demokrasi kampus bersama,

Demi menjulang kebitaraan varsiti harapan rakyat 

Yang kita cintai ini…

SELAMAT MENGUNDI BUAT SEMUA!

Yang Masih Menekuni,
Fatih Ahmad.

#raikanpestademokrasikampus #prkukm #varsitikita #mahasiswabitara #demialifbata

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0