#KembaraKeJogja

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan kalam yang memuji-Nya, aku memulakan coretan pertama pada tahun baharu ini.. :)

Alhamdulillah...



Lebih kurang sebulan yang lalu, aku berkesempatan untuk menjejakkan kaki di bumi Sang Garuda yang banyak mencerahkan diri ini yang akan ku tuliskan catatan pengalamannya di sini..



Teman-teman pembaca,



Daerah yang ku maksudkan di sini ialah..

Yogyakarta, Indonesia!

Gunung Merapi @ Mercu Tanda Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY)
Ketibaan di Bandara (Bandar Udara) Adisucipto, Yogyakarta
Kawasan Sekitar Jogja

Inilah rezeki kurniaan-Nya yang disampaikan melalui jemputan Pertubuhan Muhammadiyah, salah sebuah gerakan Islam yang terbesar di Indonesia kepada pihak WADAH dan ABIM dan aku telah diberikan peluang untuk mengisi salah satu ruang jemputan itu di samping mewakili PKPIM. Kembara ini ditaja sepenuhnya oleh pertubuhan yang berpusat di Jogja tersebut yang merangkumi tiket penerbangan, penginapan, santapan dan pengangkutan tempatan. Aku hanya membawa sedikit wang Rupiah untuk berbelanja di sana :D


Buat pengetahuan teman2 pembaca,


Jemputlah lihat gambar-gambar sekitar kembaraku ini yang akan diulas sedikit sebanyak mengikut kegiatan yang dilakukan di sana :)
  1. Sambutan Milad 1 Abad @ Ulang Tahun Penubuhan Madrasah Muallimin dan Muallimat Muhammadiyah ke-100

    Pertama sekali, agenda utama di sana adalah untuk turut serta meraikan sambutan ulang tahun penubuhan sekolah yang gilang-gemilang ini. Kedua-dua madrasah ini merupakan sekolah latihan @ pengkaderan utama bagi Pertubuhan Muhammadiyah yang telah berusia 107 tahun setelah ditubuhkan pada zaman prakemerdekaan Indonesia. Yang paling menarik adalah apabila Presiden Indonesia, Bapak @ Tuan Joko Widodo turut memenuhi jemputan mereka bagi meraikan acara ini bersama-sama. Tambahan pula, acara itulah yang menyaksikan kedatangan tetamu kenamaan itu buat pertama kali di madrasah tersebut.. :)
    Kad Jemputan :)
    Pintu Masuk ke Madrasah Muallimin Muhammadiyah. Kelihatan pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang menantikan ketibaan Bapak Presiden
    Ketibaan Tetamu-tetamu Kenamaan
    Alunan Ayat-ayat Suci al-Quran
    Sri Sultan Hamengkubuwono X, Sultan Yogyakarta merangkap Gubernur DIY


    Dr. K.H. Haedar Nashir, Ketua PP Muhammadiyah
    Bapak Joko Widodo, Presiden Indonesia :D


    Siswa-siswi Madrasah


    Seusai acara tamat :D


    Pesanan yang dititipkan oleh Pengasas Muhammadiyah, K.H. Ahmad Dahlan

  2. Forum Antarabangsa Mengenai Pendidikan Islam dan Dakwah

    Selain itu, tumpuan utama dalam kembara ini ialah acara ini yang menghimpunkan puluhan orang pendidik dan aktivis Pendidikan dan Dakwah dari negara-negara ASEAN, India, Turki, Jepun dan United Kingdom. Program ini bertujuan membincangkan hala tuju dan matlamat pendidikan Islam dan dakwah di negara masing-masing di samping mengadakan sesi menandatangani perjanjian persefahaman sesama pembentang dan peserta.
    Sesi Pendaftaran
    Tirai Latar Forum


    Para pembentang dari Malaysia (ABIM, WADAH, SGS dll), Turki, Jepun dan United Kingdom
    Ustaz Hasri Harun (Wakil WADAH)


    Pada malam sebelumnya, kami juga berpeluang untuk menyantuni pelajar-pelajar lelaki di madrasah tersebut dan mengadakan sesi perkongsian mengenai pertubuhan yang diwakili oleh kami.. :D

    En Radin (Wakil ABIM)

    Dr Hasan Jamil (Wakil Mosque Care Malaysia-BBM)

    Menyantuni adik-adik pelajar hehe.. Dah lama tak buat halaqah macam ni..


    Bersoal jawab mengenai PKPIM dan isu-isu semasa.. :D
    Siap ada yang tanya pendapat tentang isu Bendera Indonesia @ Sang Saka Merah Putih terbalik masa Sukan SEA 2017 di MAS huhu..


    Laskar-laskar Muhammadiyah.. Semoga berjaya adik2!
  3. Kembara Gunung Merapi

    Gunung Merapi merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif dan kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 2010, empat tahun selepas letusan tahun 2006. Terdapat pelbagai kisah dan legenda di sebalik gunung ini yang dipercayai oleh masyarakat Jogja selain daripada kewujudan seorang 'penjaga kunci' yang mempunyai kelebihan berhubung dengan makhluk-makhluk halus yang dipercayai mampu berunding dalam mengelakkan gunung tersebut memuntahkan laharnya. Satu lagi kisah tragis yang berlaku adalah pada tahun 2010 yang memperlihatkan pemergian seorang penjaga kunci Gunung Merapi yang dikenali sebagai Mbah Maridjan yang terkorban akibat aliran piroklas (asap dan debu gunung berapi yang sangat panas) yang berhamburan semasa gunung tersebut meletus.

    Mendaki Gunung Merapi dengan menaiki jip untuk melawat tempat2 tarikan di sana
     


    Bunker Kaliadem, sebuah kubu bawah tanah yang dibina untuk melindungi orang-orang yang berada di sekitar kawasan gunung semasa letusan.. Tetapi sayangnya sudah ditutup selepas tragedi tahun 2006 yang mengorbankan dua orang sukarelawan yang berlindung di dalamnya dalam keadaan yang sungguh tragis.. :'(
    Gaung yang terbentuk semasa letusan


    Batu Alien
    Rumah Peninggalan Mbah Maridjan yang terkorban semasa letusan pada tahun 2010
     
    Seni bina kediaman Mbah Maridjan yang asal 
    Serpihan jarum jam yang menunjukkan waktu sebenar Gunung Merapi meletus

    Galeri Misi Mencari dan Menyelamat Pasca Letusan 2010


    Barang-barang keperluan rumah yang masih tinggal

    Bergambar bersama Gunung Merapi
    Bergambar kenang-kenangan bersama pemandu jip dan rombonganku
  4. Membeli belah di Malioboro (Petaling Street Jogja)

    Sebelum rombonganku berangkat pulang, kami berkesempatan untuk membeli belah di Malioboro yang menempatkan ratusan jenis barang yang dijual seperti Batik Jawa, cenderamata, pakaian dsb. Aku turut menghabiskan hampir keseluruhan duit belanja yang dibawa untuk membeli hadiah peribadi di samping cenderamata untuk kaum keluarga, teman-teman dll :D

    Malioboro @ Malborough Jogja!
    Akhirul kalam, terdapat banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba sepanjang #KembaraKeJogja ini. Kembara ini mengajarku untuk lebih menghargai warisan budaya, sejarah serta teman-teman serumpun dari Indonesia di samping menghayati keindahan Alam Melayu yang maha luas ini. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sekalung penghargaan buat pihak WADAH, ABIM, PKPIM serta Muhammadiyah atas ruang dan peluang keemasan yang diberikan ini. Semoga kita bertemu kembali dalam catatan pengembaraan yang seterusnya... :)

    Hotel Forriz (Penginapan)

    Terima kasih Mas Ulin (Berkuliah di UIA) dan para LO yang melayani kami dengan baik sekali :DDD

    Musolla di Madrasah Muallimin Muhammadiyah
    Kawasan Permainan berdekatan Asrama Pelajar
    Kereta Api Pulau Jawa


    Selamat Tinggal Jogja! 
    Yang Masih Menekuni,
    Fatih Ahmad.

    p/s: Mohon teman-teman pembaca berdoa buat diri ini agar dipermudahkan urusan dalam menghadapi peperiksaan akhir semester tiga di #VarsitiKita ini... :)

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0