Mevlana Jalaluddin Rumi
Mevlana Jalaluddin Rumi?
Siapakah beliau?
Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau. Kerana beliau bukanlah seorang pemimpin politik atau harakat Islamiah ketika zaman dahulu. Namun, beliau merupakan seorang tokoh Sufi Islam yang Agung yang terkenal dengan Sufi 'Mevlevi Order' dan 'Whirling Dervishes'.
Siapakah beliau?
Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau. Kerana beliau bukanlah seorang pemimpin politik atau harakat Islamiah ketika zaman dahulu. Namun, beliau merupakan seorang tokoh Sufi Islam yang Agung yang terkenal dengan Sufi 'Mevlevi Order' dan 'Whirling Dervishes'.
| Potret Mevlana Jalaluddin Rumi |
Maulānā Jalāluddīn Muhammad Rūmī (Parsi: مولانا جلال الدین محمد رومی, Bahasa Turki: Mevlânâ Celâleddin Mehmed Rumi) , juga dikenali Maulānā Jalāluddīn Muhammad Balkhī (Parsi: محمد بلخى), atau Rumi sahaja di negara-negara bertutur Inggeris, (30 September, 1207–17 Disember, 1273), merupakan penyair, Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13 Parsi (Tājīk). Namanya bermaksud "Keagungan Agama", Jalal bererti "agung" dan Din bererti "agama".
Rumi lahir di Balkh (ketika itu sebahagian dari Khorasan Besar di Negeri Parsi, kini dalam Afghanistan) dan meninggal dunia di Konya (Kini Turki)
Tempat lahir dan bahasa ibunda/tempatannya menggambarkan latar belakang Farsi. Beliau juga menulis puisi Farsi dan karya-karyanya tersebar di Iran, Afghanistan, Tajikistan, dan dialih bahasa di Turki, Azerbaijan, A.S, dan Asia Tenggara. Sebahagian besar hayat dan era penulisan ketika Empayar Seljuk. Di samping puisi Farsi beliau juga menulis beberapa rangkap dalam bahasa Arab, Greek, dan Turki Oghuz.
Kepentingan Rumi melangkaui batas bangsa, budaya dan negara. Sepanjang abad dia mempunyai pengaruh dalam Kesusasteraan Parsi disamping dalam Kesusasteraan Urdu dan Kesusasteraan Turki. Sajak-sajak karangannya dibaca dengan meluas di negara-negara seperti Iran, Afghanistan dan Tajikistan dan telah banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa di dunia dalam pelbagai bentuk.
Sumber: Wikipedia
Dan Inilah 7 Pesanan Mevlana Jalaluddin Rumi yang wajar diambil pengajaran oleh Kita selaku Umat Akhir Zaman...
![]() |
| 7 ADVICES OF MEVLANA JALALUDDIN RUMI (ENGLISH) |
![]() |
| 7 PESANAN MEVLANA JALALUDDIN RUMI |


Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca