SAS: Di Sini Segalanya Bermula

7/2/2014

Malam yang sungguh nostalgik bagi seorang pelajar SAS (walaupun masih f5 lagi). Alhamdulillah aku berpeluang untuk menghadiri satu acara tahunan yang sangat besar maknanya bagi seorang pelajar SAS terutamanya bagi Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) kerana pada malam tersebut, pihak ASAS telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan ASAS. Hari ini merupakan hari yang sangat signifikan bagi sekolahku kerana telah berjaya mencapai usia 52 tahun selepas penubuhannya. Di samping itu, pasukan Gamelan dan Percussion SAS juga dijemput untuk mengadakan persembahan di sana.


Dalam Perjalanan Ke Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, Kota Rayaku

Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Bunting Majlis
   Aku bersama Ketua Pelajar, Sdr Aridh Arimi dan Presiden BUSAS, Sdr Syahmi juga diberi peluang untuk menghadiri makan malam tersebut. Pada malam tersebut, kami diberikan tugas untuk mempromosikan SAS Talent Night kepada para alumni yang hadir di samping menjamu selera bersama ASAS atas tiket PIBG. Walaupun aku kepenatan menghadiri Bengkel Matematik Tambahan sepanjang hujung minggu tersebut, tetapi demi semangat Alam Shah, aku hadirkan diri juga ke majlis tersebut. 

Pasukan Gamelan SAS melakukan 'rehearsal'
Beberapa orang alumni sudah tiba
                                 
Sesi Promosi SAS Talent Night 2015
Pasukan Gamelan SAS melakukan pertunjukan
Pada jam 8.00 malam, tetamu kehormat pun tiba di hotel tersebut. Antaranya ialah Pengetua Keenam SAS, Tuan Haji Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah dan juga beberapa orang Alumni SAS yang kini merupakan tokoh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Setelah tamat mempromosikan SAS Talent Night, kami pun bergerak masuk ke dalam Grand Ballroom.
Ketibaan Tetamu Kehormat masuk ke dalam Grand Ballroom diiringi dengan paluan kompang Pasukan Percussion SAS
 Caliph Buskers di atas pentas
Suasana di dalam Grand Ballroom 
Pada malam tersebut, kami juga telah diperkenalkan dengan melodi lagu Alam Shah Jaya versi instrumental...


Percussion sedang membuat persembahan di atas pentas

'Hidangan Sepinggan Lengkap Ala Barat'

Namun, kami tidak berpeluang untuk berada lama di situ. Kami hanya berpeluang untuk menikmati 'Appetizers'  dan terpaksa pulang awal kerana ketiadaan transport untuk pulang ke sekolah kerana Pasukan Gamelan dan Percussion bergerak pulang awal ke sekolah. Tidak mengapa, bagiku, satu pengalaman berada di Majlis Makan Malam ASAS sudah cukup bagiku untuk dijadikan bahan bualan bersama rakyat Alam Shah agar diri mereka mampu menjadi seseorang yang hebat dan akan menyumbang semula kepada sekolah yang banyak berjasa kepada diri mereka. Dengan berpegang pada moto KESATUAN PROFESIONALISME TRADISI, kita pasti akan berjaya dengan izin-Nya. Semoga nama Alam Shah kekal harum di persada negara dan dunia!

Pelajar Alam Shah Taat Berbakti,
Untuk Nusa dan Bangsa Ibu Pertiwi,
Tuhan merestukan Cita-cita Mulia,
Bertekad dan Berdoa,
Alam Shah Jaya!


SAS: Di Sini Segalanya Bermula

'KESATUAN PROFESIONALISME TRADISI ASAS KEJAYAAN SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH'

Comments

Post a Comment

Ruangan Pembaca

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0