#matapena : Raver vs Hipster
Generasi seperti inikah yang kita mahu? Anak-anak muda yang sepatutnya menjadi sandaran untuk meneruskan perjuangan memimpin anak watan, tetapi terpengaruh dengan budaya kuning yang menconteng arang ke muka agama dan bangsa. Budaya inikah yang kita ingin tonjolkan untuk melambangkan agama Islam yang suci yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang membawa rahmat buat sarwajagat (seluruh alam). Apakah kamu tidak terfikir? Golongan Kuffar hanya bergelak tawa melihat keruntuhan akhlak umat Islam seperti ini yang memperlihatkan jatuhnya sebuah tamadun Islam yang memberi sumbangan yang besar kepada tamadun Eropah untuk keluar daripada Zaman Kegelapan menuju Zaman Renaissance yakni Kerajaan Islam Andalus di Sepanyol. Adakah kita mahu Malaysia menjadi Al-Andalus Kedua? Fikir-fikirkanlah... #renunganbersama #generasimuda #penerusaspirasiummahdannegara
Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca