#PROTA2018

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ini, aku telah menyertai satu program anjuran Jabatan Massa dan Advokasi PKPIM@Sekolah Massa iaitu Projek Turun Padang (PROTA) sempena Malam Ambang Tahun Baharu 2018 yang bertemakan 'Anak Muda dan Nasionalisme'. Program ini diadakan sejak beberapa tahun yang lalu yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para aktivis PKPIM untuk mendekati masyarakat melalui temu ramah, soal selidik dan sebagainya. Seramai lebih kurang 25 orang peserta yang menyertai PROTA Tahun Baharu kali ini yang berpusat di Dewan Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak. 

Sehari sebelum malam tersebut, kami telah mula turun ke lapangan untuk aktiviti Pra-PROTA sebagai pendedahan awal sebelum meneruskan aktiviti tersebut pada malam seterusnya. Terdapat tiga orang penduduk di sekitar kawasan Taman Cemerlang yang saya dan rakan-rakan temui untuk ditemu bual.

Sesi Refleksi Pra-PROTA
Pada keesokan harinya, kami mengikuti slot Kemahiran Asas Kajian Lapangan yang disampaikan oleh Puan Maria Kamel dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Banyak perkongsian yang bermanfaat daripada beliau yang boleh diamalkan semasa menjalankan PROTA.

Perkongsian oleh Pn Maria Kamel

Pada sebelah petang, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar yang akan menjalankan PROTA di dua tempat utama di ibu kota yakni Dataran Merdeka dan kawasan sekitar KLCC. Kumpulanku telah terpilih untuk turun ke KLCC dan tekun membuat perancangan yang rapi untuk melaksanakannya sebaik mungkin.
Soalan-soalan yang sungguh menguji minda...
Selepas solat Isyak, kami memulakan perjalanan ke KLCC secara berkumpulan seramai lapan orang dengan menaiki LRT dari stesen Taman Melati ke KLCC yang memakan masa lebih kurang 15 minit. Setelah tiba di sana, sangkaan kami meleset dan tidak menyangka bahawa terdapat jutaan insan yang berhimpun di sekitar KLCC. Aku mengandaikan sambutan Tahun Baharu setiap tahun yang diadakan di Dataran Merdeka adalah paling meriah. Rupa-rupanya, untuk tahun ini, sambutan tersebut dipindahkan ke kawasan sekitar KLCC atas sebab-sebab tertentu. Kami berpecah kepada empat kumpulan kecil untuk melicinkan pergerakan dan pelaksanaan soal selidik yang ditugaskan.

Gambaran suasana di depan Menara Berkembar ketika kami tiba di Stesen LRT KLCC
Pada malam tersebut, aku dan teman-temanku berjaya menemubual tiga orang responden daripada tujuh yang diusahakan. Walaupun tidak mencapai sasaran lima orang responden dan soalan-soalan yang diberikan dapat dijawab sebaik mungkin, aku tetap berpuas hati dengan usahaku yang pertama kali melibatkan diri dengan aktiviti yang melibatkan perhubungan langsung dengan masyarakat di luar kampus sambil mempelajari dan menghayati kepelbagaian latar belakang masyarakat kita. Natijahnya, aku dapat mengambil iktibar daripada latar belakang kehidupan mereka menerusi jawapan-jawapan yang diberikan dan mensyukuri segala nikmat yang ada.

Aku bersama teman-teman sekumpulan kecil
Menemubual sepasang suami isteri 

Percikan bunga api apabila detiknya jam 12 tengah malam
Rijal-rijal PKPIM (Presiden di belakang sekali)

Kumpulan KLCC bergambar bersama Bro Wajdi, warga Tunisia yang sedang bercuti di Malaysia

Kesimpulannya, program ini telah memberi pengalaman berharga buatku kerana telah menjadi platform pertamaku untuk terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan dan berusaha untuk memenuhi salah satu ciri dalam lingkungan Aktivisme yang merupakan salah satu daripada Empat Lingkung Kebitaraan PKPIM. Tahniah diucapkan kepada pihak Jabatan Massa dan Advokasi PKPIM @ Sekolah Massa atas penganjuran program ini dan semoga program ini sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan aktivis PKPIM dan mahasiswa umumnya. Hidup Biar Berjasa!

p/s: Rakaman video semasa perjalanan PROTA boleh ditonton di sini:
https://www.facebook.com/MrFikhrie/videos/1790960647604904/
#credittobroAdibFikri

#prota2018
#akuahliPKPIM
#MemperteguhDinamikaGerakan
#MenerajuiKebangkitanMahasiswa
#hidupbiarberjasa
#mahasiswabitara
#demialifbata

Fatih Ahmad
5/1/2018
Seremban
Negeri Sembilan

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0