Pendukung Wawasan
19-21/1/2018
3. TUAN HAJI ABDUL HALIM ISMAIL (Manhaj Haraki)
4. USTAZ DR ABDUL HALIM EL MUHAMMADY (Kerohanian dalam Perjuangan)
#kreditgambarkepadasisatiqahwanimardhiah
Alhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan untuk menghadiri program Pembinaan Safwah Mukhtarah anjuran Majlis Kaderisasi dan Tarbiyah (MAKTAB) WADAH-ABIM-PKPIM (WAP).
Suatu program yang bertujuan untuk mendekatkan para pimpinan PKPIM Pusat, BGN dan Kampus dengan beberapa orang tokoh generasi awal PKPIM dan ABIM iaitu Ustaz Dr Razali Nawawi, Dato' Dr Siddiq Fadzil, Tuan Haji Abdul Halim Ismail, Ustaz Dr Abdul Halim El Muhammady dan Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman.
Aku merasa bertuah kerana berpeluang untuk mendekati dan menyantuni tokoh-tokoh di atas...
Terdapat banyak perkara dan nasihat yang disampaikan oleh mereka menerusi penceritaan kisah-kisah pahit manis perjuangan mereka dalam PKPIM dan ABIM beberapa dekad yang lalu...
Dalam ruangan ini, aku sertakan catatan ringkas hasil perkongsian dan jawapan bagi persoalan yang diutarakan kepada mereka...
1. DATO' DR SIDDIQ FADZIL (Erti Perjuangan)
Latar Belakang
2. USTAZ DR RAZALI NAWAWI (Tokoh yang Kukuh)
Latar Belakang
Dalam ruangan ini, aku sertakan catatan ringkas hasil perkongsian dan jawapan bagi persoalan yang diutarakan kepada mereka...
1. DATO' DR SIDDIQ FADZIL (Erti Perjuangan)
Latar Belakang
- Graduan Maktab Perguruan Bahasa, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia
- Pernah menjawat jawatan pensyarah di UKM
- Mantan Presiden PKPIM ke-10 dan Presiden ABIM Ketiga
- Kini ditaklifkan sebagai Ketua Majlis Istisyari WADAH dan Presiden Kolej Dar-al Hikmah
![]() |
| #Sesi Taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Hasri dan Cikgu Halim (WADAH) |
| Pertemuan dengan beliau di Balai Rakyat (Ruangan awam di kediamannya di Sungai Ramal) |
- Berjuanglah walaupun dalam keadaan susah atau senang
- ULAMAK - Umur LAnjut Masih AKtif XD
- Bersyukur kerana ABIM sebagai sebuah gerakan Islam pertama di Malaysia tampil pada masa yang tepat dan mempunyai pemimpin yang berkarisma
- Mendukung Manhaj Maliziyy (Pendekatan mengikut keadaan Malaysia)
- Walaupun menerima pengaruh Ikhwanul Muslimin di Mesir menerusi kitab-kitab haraki, pemikiran dan idealismenya, tetapi ABIM menolak untuk berbaiah kepadanya - Penghargaan buat DS Anwar Ibrahim dan Datuk Fadzil Noor atas keberanian mereka bertindak sedemikian
- ABIM bersifat NON-PARTISAN (Tidak Terikat) - BUKAN dasar tetapi HANYA pendekatan
- Bangsa Melayu terkenal dengan sifat kehalusan, lemah lembut - Terancam apabila kekerasan dan pemaksaan dikenakan terhadap mereka
- Taat setia kepada Raja - sehingga tercetusnya serangkap pantun:
Pinang kelat di atas para,
Sirih junjung mengkuang layu,
Hilang daulat ke mana raja,
Hilang raja ke mana Melayu...
- Persoalan yang diutarakan: Adakah pengutamaan agama akan menidakkan kepentingan bangsa dan tanah air?
- Jawapan beliau: Bangsa dan Tanah Air juga mempunyai hak dan kepentingan masing-masing yang mesti ditunaikan oleh kita tetapi mestilah dipandu oleh Agama yang mengatasi segalanya
- Kalam Nasihat buat aktivis PKPIM:
- Kita gagal untuk menunjukkan citra/nilai-nilai Islam - menjadi duta agama yang terbaik
- Yang mudah dibuat sekarang, yang susah dibuat nanti, yang mustahil dibuat esok (kerana hal mustahil tidak bertahan selamanya
![]() |
| #Sesi Penggambaran bersama beliau |
2. USTAZ DR RAZALI NAWAWI (Tokoh yang Kukuh)
Latar Belakang
- Graduan Pengajian Islam Kolej Islam Malaya, Universiti Al-Azhar, University of London dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Pernah menjawat jawatan Dekan Pertama Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM dan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM
- Mantan Presiden ABIM Pertama
- Menceritakan perit getir perjuangan beliau untuk keluar daripada kepompong kemiskinan keluarganya - Tinggal di kampung - Melanjutkan pengajian di KIM - Menuntut ilmu di luar negara - Ujian yang hebat ketika berada di London - budaya hedonisme berleluasa yang turut mempengaruhi pelajar Melayu Muslim di sana - Menubuhkan Malaysian Islamic Student Group (MISG) - Memulakan dakwah Islamiah di sana - Mendapat sambutan yang menggalakkan - Berjaya menarik sebahagian pelajar Malaysia di sana untuk kembali ke jalan yang benar - Perjuangan dalam ABIM - Bertanyakan isu-isu semasa di kampus seperti PRK
- Kalam Nasihat buat aktivis PKPIM:
- Berusahalah untuk meningkatkan kekuatan diri, ilmu dan sahsiah
- Walau di mana kita berada, kita mesti buat kerja untuk agama di samping mengerjakan tuntutan dunia - seimbangkan duniawi dan ukhrawi
- Tetapkan matlamat ketika menjadi mahasiswa - Sekiranya boleh, bercita-citalah untuk menjadi guru/pensyarah - Pendidikan mempunyai pengaruh yang besar terhadap anak muda (Pesanan Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Turki)
- Menggunakan panggilan yang sopan ketika berdakwah dengan masyarakat bukan Muslim - Brothers and Sisters
![]() |
| #Bergambar bersama beliau |
3. TUAN HAJI ABDUL HALIM ISMAIL (Manhaj Haraki)
Latar Belakang
- Panggilan mesra: Cikgu Halim
- Graduan Ekonomi Universiti Malaya 1971
- Mantan pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
- Bergiat aktif dalam PKPIM ketika zaman mahasiswa
- Pernah menjadi guru di Institut Sofar di Ipoh
- Kini menjawat jawatan Naib Presiden WADAH
![]() |
| Perkongsian di Anjung Rahmat |
- Ramai tokoh-tokoh negara hari ini yang merupakan lepasan Yayasan Anda Akademik yang ditubuhkan oleh DSAI (ANDA - ANwar ibrahim & DAud)
- Kelebihan anak muda yang beriman dan mendapat petunjuk Allah dalam perjuangan (Al-Kahfi:13)
- Ashabul Kahfi - 7 Pemuda - Yang penting bukan bilangan tapi RAMAI dan bukan seorang (Berjemaah) - Mesti menunaikan idealisme perjuangan - sanggup menghadapi risiko
- Masalah anak muda hari ini secara umumnya: Materialistik dan terpengaruh dengan budaya hedonisme
- Sejarah gerakan mahasiswa tahun 60an dan awal 70an - Pertembungan Islamis dan Sosialis - Penubuhan Kelab Sosialis UM oleh Hishamuddin Rais - Menguasai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) - PKPIM melalui PMIUM kemudiannya berjaya menguasai PMUM dan meluaskan pengaruh dakwah di UM
- Mengutarakan idea Pendekatan Rabaniyy - mirip dengan pendekatan dakwah Rasulullah SAW -
- Sudut pandang sejagat
- Misi global
- Alamiah/Antarabangsa
- Jaringan/Solidariti Antarabangsa
- Merentas agama, bangsa, kaum dan benua
- Berkehendakkan perubahan - masyarakat
- Mengambil kira keadaan/waqi' - tempat dan masa - Manhaj Maliziyy
- Mesti berusaha untuk membangunkan masyarakat di samping diri sendiri
- Penyertaan langsung - Tasyarukhiah (Kebersamaan) - Antara Sufiun dengan Ilmuwan Haraki
- Kalam Nasihat buat aktivis PKPIM
- Bersederhanalah dalam perjuangan - Saling membantu - Merancang langkah demi langkah
- Pembinaan Rijal Haraki - Istilah Rijal merangkumi anak muda lelaki dan wanita - Perlulah menghayati sepotong hadis yang sering diulang-ulang oleh Saidina Umar al-Khattab:
Barangsiapa yang memegang urusan kaum muslimin,
tetapi tidak bersungguh-sungguh dan merasa penat,
maka tiadalah dia bersama mereka di syurga
![]() |
| #Bergambar setelah tamat sesi perkongsian |
4. USTAZ DR ABDUL HALIM EL MUHAMMADY (Kerohanian dalam Perjuangan)
Latar Belakang
- Mantan Pensyarah Fakulti Undang-undang UKM
- Mantan Timbalan Presiden ABIM
| Pertemuan di ruang tamu kediaman beliau di Teras Jernang |
- Beliau meminati ABIM kerana pengutamaan pendekatan kerohaniannya
- Rukun Islam - tanda pengabdian diri kepada Yang Maha Esa
- Masyarakat Barat sangat MENGHARGAI ILMU dan MENGHORMATI ILMUWAN - Diperlihatkan menerusi pengurusan masa, disiplin dan kebersihan (banyak dibudayakan dalam tradisi Islam seperti hati dan jasmani) - lambang negara maju
- Perkara asas Dai - SOLAT MALAM/QIAMULLAIL - suatu kemestian ketika pengadaan Muktamar Pusat, Negeri dan lain-lain dahulu
- Jadikan ibadat sebagai keperluan - amalan sunat mesti dibudayakan oleh pimpinan
- Bacaan Al-Quran - mestilah dibaca dengan betul yakni mengikut makhraj dan tajwidnya - Diikuti dengan Tadabbur (Menelaah) dan Tazakkur (Mengingati) - 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)
- Islah Masyarakat merupakan salah satu tunggak gerakan - Fastabiqul Khairat (Berlumba-lumba membuat kebaikan)
- Mengutamakan undang-undang Allah terlebih dahulu, baru undang-undang manusia
- Perjalanan gerakan - Dimulakan dengan mesyuarat perancangan tindakan - pelaksanaan - Refleksi - Tambah baik
- Kalam Nasihat buat aktivis PKPIM:
- Kita mestilah mempunyai jiwa Dai - mengajak ke arah kebaikan
- Ikhtilat haruslah dijaga - kelonggaran ketika berada di pasar atau perhimpunan - Juga berpandukan syarak
![]() |
| #Tamat sesi perkongsian dan pemberian buku Bimbingan Rohani: Pembina Peribadi Taqwa, karya beliau |
5. PROF. DATUK DR MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN (Mengapa Perlu Berjuang)
Latar Belakang
- Graduan Sejarah Universiti Malaya, University of London dan Edinburgh University
- Mantan Setiausaha Agung PKPIM
- Kini menjawat jawatan Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan dan Naib Canselor UNISEL
| #Sesi Perkongsian Terakhir Program yang disampaikan oleh beliau |
- Rata-rata kita menganut Islam mengikut ibu bapa, datuk dan nenek moyang, tetapi apabila ditanya mengapa kita Islam, hampir semua tidak dapat menjawabnya
- Islam merupakan ilmu pengetahuan yang diajar, diamalkan dan dihayati
- Kajian psikologi mengatakan manusia melukis apa yang mereka suka - ada lukisan dinding kuno yang berusia 33 ribu tahun - ditemui di Pulau Maluku - Antara yang dilukis ialah binatang yakni Babi - Melayu dahulu suka makan babi kerana senang membiak - ada di merata-rata tempat - makanan asasi orang Melayu - Apabila datangnya Islam, orang Melayu tidak lagi makan babi
- Orang Melayu dulu sangat kuat berpegang dengan budaya Hindu - Mengamalkan amalan Hindu - Melayu masih mengamalkan budaya Hindu - walaupun tidak lagi menganut agama Hindu
- Kita tidak menghargai Islam kerana diterima dengan mudah - Tetapi hakikatnya Islam disebarkan ke Tanah Melayu dengan susah payah.
- Kita terima Islam sepenuhnya menerusi pahit getir perjuangan dakwah ulamak yang berhijrah ke sini secara tiket satu hala (tidak kembali ke tanah asal) - menjalankan dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat - berkahwin dengan orang tempatan - bersemadi di sini - Amat kecil jika dibandingkan pengorbanan kita dengan mereka
- Generasi muda kini tidak merasakan keperluan untuk berjuang - kerana semuanya 'Islam' dan telah tersebar di merata-rata tempat - Banyak lagi perkara yg perlu diperjuangkan - Perjuangan zaman kini tidak sama dengan apa yg diperjuangkan pada zaman 30-40 tahun dulu - Tetapi tetaplah berjuang
- Kita disuruh berdoa, "Ya Allah, kasihani ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil dulu."
- Ini menunjukkan kita kena lihat sejarah - Pengorbanan ibu bapa dulu menjadikan kita seperti sekarang - Dalam konteks jamaah ini, generasi kini perlu fahami sejarah perjuangan generasi dulu - Kini seolah-olah berlaku masalah kesinambungan gerakan - ada masalah perwarisan jemaah
- Apabila British datang ke Tanah Melayu - berusaha untuk mengKRISTIANkan dan memBARATkan masyarakat Melayu - yakin orang Melayu akan menjadi Kristian keseluruhannya - Nama ditukar mengikut nama-nama Barat - Tulisan diRUMIkan dan pendidikan mengikut acuan Barat - Mereka tahu orang Melayu akan melawan apabila dipaksa - mereka guna cara halus - melalui pendidikan, kesihatan dll - Walaupun bangsawan Melayu belajar di Barat dan terpengaruh dengan mengamalkan budaya Barat - Namun masyarakat Melayu kekal dengan pegangan ajaran Islam
- Namun, ada kalangan ibu bapa Melayu yang menghantar anak2 mereka belajar di Mekah dan Mesir - Misalnya Tok Kenali belajar di Mekah selama 21 tahun - Timba ilmu sebanyak mungkin - balik ke Tanah Melayu dan membuka sekolah/pondok/madrasah - mendidik anak Melayu - Itulah sebabnya Islam yang disebarkan di Tanah Melayu ialah Islam dari Mekah (TULEN) - Hasilnya bangsa Melayu GAGAL DIKRISTIANKAN
- Generasi pertama dulu:
- Sebahagian besar anak sulung/kedua.
- Anak pertama masuk menara gading
- Belum menamatkan pengajian, kerja telah menunggu.
- Institut Sofar / YAA:
- Sekolah swasta yang memberi peluang kpd pelajar gred ketiga - meneruskan pengajian di Tingkatan Enam dan juga yang tidak Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE)
- Sekolah2 Kebangsaan TIDAK BENARKAN pemakaian tudung - Di Institut Sofar BOLEH
- Ramai lepasan Institut Sofar dan YAA yang berjaya - ada juga yang komited dengan perjuangan jamaah.
- ABIM menekankan pendidikan - pendekatan yg berkesan untuk menyebarkan dakwah
- Sultan Muhammad Al Fateh pada usia belasan tahun - sudah mempunyai matlamat untuk mengubah dunia - Maka APA KURANGNYA KITA - Tak mungkin dapat lakukan semuanya dalam tempoh yang singkat - Tetapi harus ada cita-cita dan hasrat - ADA sasarannya untuk merubah diri, keluarga, masyarakat dan negara
- Setiap zaman berbeza cabaran dan pengorbanannya - Jika terlibat dengan gerakan Islam dan mahukan perubahan, mahu tidak mahu kita perlu buat pengorbanan
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - Berusaha untuk mencari jalan - Misalnya pembukaan sekolah (Institut Sofar) tanpa sebarang dana - Jika tak hendak, sudah pasti diberi 1001 alasan
- Jangan kita berkira/kedekut dengan waktu kita - Harus yakin apa yang kita lakukan hanya akan dibalas oleh Allah SWT - Hikmah Allah - apa yang diaturkan oleh-Nya untuk kita - Itu JAUH lebih baik
- Generasi awal wajar meWAKAFkan USIA ketika paling PRODUKTIF (usia muda).
- Maka generasi muda harus ada kesediaan untuk mengorbankan usia muda dengan tenaga yang paling produktif untuk gerakan.
- Perlu ada kesediaan untuk berkorban dan menyumbangkan usia serta tenaga - untuk bergerak ke era baru kebangkitan Islam*
Tuntasnya, banyak perkara yang telah aku pelajari sepanjang perjalanan program ini di samping kesempatan untuk bertemu dan mengenali rakan-rakan seperjuangan aktivis BGN dan Kampus PKPIM yang lain. Semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya sehingga dapat bertemu lagi di platform WADAH pada masa hadapan di Anjung Rahmat dan berbarbeku bersama-sama (Azizi KPIJ/PEPIM, 2018) XD
| #Sesi Penyampaian Sijil |
![]() |
| #Bergambar untuk kenang-kenangan setelah tamat program |
#safwahmukhtarahsirisatu2018
#PKPIMUKM
#akuahliPKPIM
#PKPIMUKM
#akuahliPKPIM
#MemperteguhDinamikaGerakan
#MenerajuiKebangkitanMahasiswa
#hidupbiarberjasa
#mahasiswabitara
#demialifbata
Fatih Ahmad
24/1/2018
Seremban
Negeri Sembilan








Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca