Merhaba Turkiye Bölüm 2

Jumaat,12 Disember 2014

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam entry terbaharu. Kali ini, Ahmed akan sambung bercerita tentang pengalaman berada di negara Turki. 

Pada hari kedua, saya bangun pada jam 5.30 pagi (GMT +2) dan bersiap diri serta menunaikan solat subuh. Kemudian, kami menjamu selera dengan hidangan Turki. Rupanya, hidangan mereka hampir sama dengan hidangan hotel-hotel di Malaysia, cuma mereka tidak menyediakan makanan ruji kita iaitu nasi. Antara hidangan yang disediakan ialah roti bakar, telur rebus, roti telur, kacang panggang, bijirin, susu dan teh serta kopi. Tidak lupa juga, Ahmed dapat merasai pelbagai jenis keju seperti mozarella, cheddar, parmesan dan lain-lain. Hidangan ini menjadi sinonim dengan roti, 'chicken slice' serta sayuran seperti Tomato, Timun, Salad hijau dan Buah Tiin. Hidangan mereka hampir sama dengan hidangan Arab yang juga mempunyai 'appetizer' iaitu roti dan kuah menemen. Kami disapa oleh Encik Yusuf "Selamat pagi!", dan saya membalasnya "Gunaydin!", Tahukah anda apa maksudnya? Gunaydin bermaksud Selamat Pagi dalam Bahasa Turki. Hahahahaha

Sarapan pagi di Istanbul Dora Hotel
Jom ke Bursa!

Selepas bersarapan, kami memulakan perjalanan ke Bursa. Sebelum itu, kami singgah di Kilang Barangan Kulit Tol & Ar yang terletak di Old City, Istanbul. Kilang ini merupakan antara kilang pembuatan barangan kulit yang terkenal di Istanbul. Kilang ini menghasilkan barangan kulit seperti jaket kulit, dompet, beg tangan dan topi.




Pertunjukan pakaian kulit

Jaket kulit yang berkualiti!





Beg tangan wanita

Dompet



Selat Bosphorus, Selat yang memisahkan Benua Eropah dan Asia
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Bursa. Pada mulanya, saya menyangka kami akan menggunakan lebuhraya yang menghubungkan Istanbul-Bursa sejauh 230 KM! Tetapi sangkaan saya meleset. Kami menaiki feri seumpama feri Pulau Pinang dari Istanbul ke Bursa, merentasi laut Marmara...

Burung camar berterbangan

Keindahan panorama Laut Marmara
Setelah 30 minit perjalanan dari Istanbul ke Bursa dengan menaiki feri, kami meneruskan perjalanan ke bandar ketiga terbesar di Turki itu dengan menaiki bas. Bandar Bursa merupakan ibu kota pertama pertama Kerajaan Turki Uthmaniyyah setelah Osman Gazi (Uthman I), pengasas Kerajaan Turki Uthmaniyyah mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya di Bursa (Anatolia) daripada Empayar Turki Seljuk pada tahun 1299.

Setelah tiba di sana, Encik Yusuf membawa kami ke "restoran" milik beliau iaitu Kofteci Yusuf. Restoran ini hanya mempunyai rangkaian dalam bandar Bursa sahaja. Selain itu, restoran ini menyediakan variasi makanan seperti kebab daging, roti bakar dan sebagainya.





Bergambar di hadapan Restoran Kofteci Yusuf

Roti yang segar dari ketuhar



Daging Bakar Ekslusif



Kemudian, kami berhenti di Munira Shopping Mall untuk membeli belah. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperti Pashmina, Madu, Minyak Zaitun, Perfume, Kraftangan Turki dan semestinya Turkish Delights! Kami juga berpeluang untuk merasai pelbagai jenis Turkish Delight yang merupakan hidangan tradisi bangsa Turki dan juga hidangan diraja Kerajaan Turki Uthmaniyyah. 

Di hadapan kedai Munira

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Koza Han (Silk Market), sebuah pasar yang menempatkan pelbagai jenis kain sutera yang berkualiti. Seterusnya, kami menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar di Ulu Mosque atau dikenali sebagai Ulu Camii merupakan sebuah masjid yang di bina ketika zaman pemerintahan Sultan Beyezid 1 Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menerapkan seni bina Kerajaan Islam Seljuk, di dalamnya terdapat 192 kaligrafi Islam zaman tersebut. Masjid ini mempunyai 20 kubah.


Kaligrafi pada tiang masjid


Kaligrafi





Ulu Camii

Pada sebelah malam, kami berpeluang untuk menyertai pengajian kitab Risalah-An Nur karya Badiuzzaman Said Nursi, Ulama tersohor Turki semasa pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk yang menjadi titik tolak kebangkitan Islam setelah Ataturk memperkenalkan dasar SEKULAR dalam sistem republik Turki. Tajuk yang dibincangkan pada malam tersebut ialah 'Al-Quddus dan Kebersihan' yang membicarakan tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam segala aspek kehidupan. Anggaran seramai 100 orang menyertai tazkirah ini pada malam tersebut...




Perbincangan diketuai oleh seorang Hoca (Ustaz)

Encik Yusuf berfungsi selaku penterjemah dalam bahasa Inggeris



Teh O yang disediakan dengan gula kiub

Berborak dengan warga Turki mengenai isu semasa di Turki

Saya juga bertemu dengan seorang guru Bahasa Inggeris berbangsa Turki, Mr Mehmed dan berbincang dengannya tentang sistem pendidikan di Turki dan isu-isu semasa yang berlaku di Turki. Saya juga bertanya dengannya tentang perbezaan gelaran Gazi, Bey dan Pasha.

Gazi: Gelaran bagi seorang pahlawan Turki yang banyak berjasa, contohnya Osman Gazi (Uthman I), pengasas Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Pasha: Gelaran bagi Panglima Perang dan Pembesar Diraja, contohnya Candarli Halil Pasha, Perdana Menteri Uthmaniyyah bagi Sultan Mehmed II (Fatih) semasa pembukaan kota Konstantinople.

Bey: Gelaran kepada lelaki (Encik)

Selepas itu, kami bersalaman dengan warga Turki yang menyertai tazkirah pada malam tersebut. Mehmed Hoca (bukan nama sebenar) mengajak kami untuk tidur di madrasah tersebut pada malam itu. Tetapi, disebabkan terikat dengan jadual perjalanan, kami terpaksa menolak ajakan beliau. Özur dilerim Hoca! Kemudian, kami menjamu selera di Restoran Hotel Karakaya sebelum masuk ke bilik penginapan untuk merehatkan diri setelah seharian berjalan...

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0