Merhaba Turkiye Son Bölüm

21/12/2014

Günaydın! Hari ini merupakan hari terakhir diriku berada di Bumi Al-Fateh ini. Sangat sedih untuk meninggalkan negara ini kerana perjalanan ini telah mengajarku untuk berfikiran lebih matang ke arah membentuk jati diri yang unggul sejajar dengan taraf sekolahku selaku SGE. Pada pagi ini, kami telah melawat MiniaTürk, sebuah tempat di mana terletaknya sebanyak 122 model-model bangunan, masjid, sekolah, makam, menara dan lain-lain tarikan yang terdapat di Turki (Taman Tamadun Islam versi Turki) pada zaman tamadun Yunani, Rom, Empayar Turki Uthmaniyyah dan Republik Turki.

Ulu Camii

Temple of Artemis

Mausoleum of Halicarnassus

Menara Galata

Mevlana Müzesi




Kompleks Parlimen Republik Turki




Ancient Theatre

Stadium Atatürk

Ataturk Havalimani 

Hagia Sophia

Sultan Ahmet Camii

Rumeli Hisari
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke makam Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang terletak di Perkuburan Eyüp Sultan, Eyüp. Kami berkesempatan untuk membacakan Surah Yassin kepada arwah. Arwah merupakan pelajar jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Istanbul. Semasa berada di sana, sebak rasanya kerana kita (rakyat Malaysia) telah kehilangan seorang pemuda yang berjiwa besar untuk melaksanakan kebangkitkan ummah. Arwah syahid kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan  untuk mengajar kitab Risalah An-Nur bagi para pelajar dari Malaysia dan Indonesia . Semoga rohnya dicucuri Rahmat daripada Allah SWT. Al-Fatihah... 




 

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Eyüp Sultan Camii, sebuah masjid yang menempatkan makam Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Rasulullah SAW yang sama-sama berjuang meninggikan syiar Islam. Beliau juga bertuah kerana kediamannya dijadikan tempat Rasulullah SAW menginap semasa peristiwa Hijrah ke kota Yatrib (Madinah) dan tergolong dalam golongan orang Islam pertama yang memulakan kempen untuk membuka kota Konstantinople bagi merealisasikan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Akan dibebaskan Kota Konstantinopel itu. Maka, sebaik-baik raja itulah rajanya. Maka, sebaik-baik tentera, itulah tenteranya”

(HADIS RIWAYAT IMAM AHMAD)

Apabila beliau cedera dan hampir menemui syahid, beliau mewasiatkan kepada ahli pasukkanya untuk mengebumikannya di bawah tembok Konstantinople agar suatu hari nanti, beliau akan mendengar derapan kaki kuda perang yang ditunggang oleh raja sebaik-baik raja yang membuka kota itu. 800 tahun kemudian, hadith itu berjaya direalisasikan oleh Sultan Mehmed II (Fatih), sultan ketujuh Khilafah Turki Uthmaniyyah yang berjaya membuka kota tersebut pada tanggal 29 Mei 1453M setelah mengepungnya selama 53 hari. Baginda berusia 21 tahun semasa pembukaan kota tersebut. 



                                                  Kisah pembukaan kota Konstantinople

Makam Abu Ayyub Al-Ansari

Kisah Abu Ayyub Al-Ansari

Plak peringatan Abu Ayyub Al Ansari dan Syeikh Akşemsüddin

Eyüp Sultan Camii

Kemudian, kami bergerak ke jeti di Golden Horn untuk menaiki Bosphorus Cruise untuk merasai pengalaman menyelusuri Selat Bosphorus, selat yang memisahkan Benua Eropah dan Anatolia (Benua Asia).


Eminönü

Istanbul

Jambatan Boğaziçi





Santai santai di atas cruise!

Istana Dolmabahçe
Have a tea!
Menara Galata, Galata  

                      Bendera Turki berkibar                        

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Ataturk Havalimani untuk penerbangan pulang ke tanah air tercinta iaitu MALAYSIA. Dalam perjalanan, Encik Yusuf telah memberi ucapan perpisahan yang membuat kami rasa hiba dan sedih untuk meninggalkan negara ini. Hal ini kerana Turki seolah-olah sudah menjadi rumah kedua kami kerana keindahan negaranya yang tersendiri. Kami juga telah menghadiahkan sehelai tali leher SAS untuk beliau kerana jasa dan pengorbanan beliau sepanjang perjalanan kami di Turki. 

Yusuf Mehçur Bey, Çok Teşekkur Ederim!  
Ataturk Havalimani

Pada jam 8.15 malam, kami telah berlepas dari Ataturk Havalimani menuju ke Lapangan Terbang Dubai, Emiriyah Arab Bersatu untuk transit dan kemudian berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Güle güle Turkiye! 
Görüşürüz! 
Merhaba Malezya!

Menunggu gate dibuka di DXB
Penerbangan ke KLIA pada jam 4.00 pagi
Alhamdulillah, pada jam 3.15 petang (GMT +8), kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Akhirul kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Masni, Cikgu Masariah, Ustazah Sazwani dan semua yang terlibat dalam menjayakan Program Jaringan Pendidikan Antarabangsa Malaysia-Turki 2014. Insya-Allah, jika ada rezeki, saya ingin melanjutkan pelajaran di Bumi Al-Fateh ini... :D

Semoga bertemu lagi dalam entry yang terbaharu...

Comments

  1. Rezeki untuk ke sana ialah satu anugerah yang tidak ternilai.
    Sekarang anda sudah pulang ke Malaysia.
    Perjalanan dahulu menjadi memori semata-mata.
    Maka, apa yang boleh anda sumbangkan setidak-tidaknya kepada
    seorang rakyat Malaysia?

    Tentunya terlalu banyak perkara yang nak dikongsikan,
    yang melebihi gambar-gambar kan.
    Terima kasih untuk perkongsian gambar yang banyak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruangan Pembaca

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0