17/12/2014
Alhamdulillah, Sobahul khair... Pada hari ini, kami akan mengembara di sekitar Cappadocia. Pada awal pagi, beberapa orang ahli rombongan kami telah menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT di Cappadocia dengan menaiki belon udara panas.
 |
| Ahli rombongan yang menaiki belon udara panas |
 |
| I believe I can fly... |
 |
| KA dan Naqib |
 |
| Jurutebang sedang memanaskan belon udara panas |
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Urgup,sebuah bandar yang terletak di wilayah Nevşehir, Cappadocia. Bandar ini mempunyai banyak rumah yang diukir daripada batu hasil letusan gunung berapi...
 |
| Sebuah kedai yang terletak di celah-celah batu |
 |
| Batu yang diukir dan dijadikan kediaman |
 |
| Rumah batu |
 |
| Urgup |
 |
| Pokok 'Evil's Eye' |
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Lembah Merpati (Pigeon Valley) yang merupakan tempat istimewa untuk menangkap gambar bersama burung yang dahulunya bertugas selaku penghantar surat. Tempat ini berfungsi sebagai tempat mengutip najis haiwan tersebut bagi petani di kawasan tersebut untuk dibuat baja.
 |
| Menjamu dedak |
 |
| Burung-burung berterbangan |
Seterusnya, kami telah melawat Kilang Onyx, sebuah kilang yang membuat barangan kemas daripada Onyx, sejenis mineral berharga yang terdapat di Cappadocia...
 |
| Batu Onyx |
 |
| Perhiasan Rumah |
 |
| Özler Art Center |
Setelah itu, kami menjamu selera di Hotel Uranos Sarikaya, Avanos untuk makan tengahari. Uniknya, restoran ini terletak di dalam gua...
 |
| Mendengar taklimat |
Pada sebelah malam, kami berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan 'Whirling Dervishes Ceremony' yang diadakan di Saruhan Caravanserai, sebuah tempat persinggahan pedagang dan musafir (ala-ala RnR) yang telah berusia 765 tahun yang dibina pada zaman kerajaan Seljuk...
 |
| Pintu masuk |
 |
| Air pancut |
 |
| Ahli sufi sedang berzikir |
 |
| Whirling Dervishes |
Sekian sahaja untuk entry kali ini...
Bersambung...
Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca