Merhaba Turkiye Bölüm 4

14 Disember 2014

Alhamdulillah, permulaan hari ini berjalan seperti biasa. Selepas menjamah sarapan pagi, kami mendaftar keluar dari Hotel Grand Çinar, Afyon dan meneruskan perjalanan ke Pamukkale. Pada hari tersebut, Encik Yusuf telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk 'Tahap Keimanan Dalam Islam' semasa dalam perjalanan. Beliau juga telah menyenaraikan 3 Tingkatan Keyakinan akan Kebenaran (Yaqin) iaitu:

- Ilmul Yaqin iaitu yaqin setelah menyelidikinya berdasarkan ilmu. Contohnya, seperti keyakinan orang Amerika yang memeluk Islam setelah membuktikan Al Qur'an dengan Ilmu Pengetahuan.

- 'Ainul Yaqin iaitu yaqin setelah melihat kebenarannya hasilnya baik berupa mukjizat , karamah dan lain-lain. Contoh, keyakinan Bani Israil yaqin setelah melihat mukjizat dari nabinya.

- Haqqul Yaqin iaitu yaqin yang sebenar-benarnya meskipun belum dibuktikan dengan ilmu dan belum melihat kebenarannya. Contohnya, yakinnya para sahabat RA kepada Nabi Muhammad SAW apabila baginda menceritakan peristiwa Isra' Mikraj meskipun tidak masuk akal (berdasarkan ilmu) dan tiada seorang sahabat pun yang melihat kejadian itu, namun mereka tetap meyakini peristiwa itu benar-benar berlaku.

Di samping kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh beliau, kami juga berkesempatan untuk menghayati keindahan panorama sepanjang perjalanan kami menuju ke Pamukkale. 
Pokok Pine yang gugur daunnya

Keindahan panorama gunung-ganang

Sekawan kambing biri-biri serta pengembalanya

Pada jam 12 tengahari, kami tiba di Pamukkale. Nama Pamukkale merupakan hasil gabungan dua perkataan dalam Bahasa Turki iaitu Pamuk yang bermaksud Kapas dan Kale yang bermaksud Istana (Istana Kapas). Kawasan ini digelar 'Istana Kapas' kerana terdapat satu kawasan di lereng bukit yang dipenuhi dengan batu kapur yang warnanya putih seperti kapas.
Travertines (Pamukkale)

Dalam perjalanan ke kawasan tersebut, kami singgah di restoran sebuah hotel yang terdapat di sekitar kawasan tersebut untuk makan tengahari.
Restoran hotel yang menjadi tempat kami menjamu selera

Penyediaan Roti Lahmacun

Roti Lahmacun
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Kota Lama Hierapolis yang dahulunya merupakan sebuah kota tinggalan tamadun Rom. Kota ini terdapat sebuah teater di mana menjadi tempat pertarungan antara pahlawan Rom. Pada abad 17 Masihi, kota ini musnah akibat dilanda gempa bumi yang dahsyat.

Teater
Sebahagian binaan blok batu yang masih kekal 

Panorama Sekitar Hierapolis

Tempat Mandi Awam

Sebahagian Tembok Kota Hierapolis
Kami juga berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kawasan Batu Kapur (Travertines) yang terdapat mata air panas (hot springs)...

Bergambar di hadapan Kedai Muzium Hierapolis

Di dalam Kedai Muzium Hierapolis

Sesi Rendam Kaki...

Tetapi.... saya berasa sangat menyesal kerana tidak pergi ke teater tersebut. Entahlah. Tidak mampu digambarkan hasutan siapakah yang menyebabkan diriku berkata "Jauhnya teater tu! Takyah naik la", Saya menyangka masa sudah suntuk untuk pergi ke sana. Tetapi, apabila saya keluar melalui pintu keluar, saya menyedari masih ramai yang belum keluar. Setengah jam kemudian, barulah ramai ahli rombongan kami yang baru keluar dari kawasan tersebut. "Korang semua pergi mana?", Saya bertanya. 'Kami ke teater sebentar tadi...", jawab mereka. Ya Allah! Untungnya!!! Saya telah melepaskan peluang keemasan ketika berada di Turki. Takpelah, In Shaa Allah, jika ada umur yang panjang, kita berjumpa lagi ya Hierapolis #teater...

Gambar Mereka di atas teater
Pada jam 4.30 petang, kami bertolak ke Hotel Ayapam yang terletak di lereng bukit Travertines, Pamukkale untuk menunaikan solat Fardhu Zuhur dan Asar secara jamak takhir dan qasar dan seterusnya merehatkan diri.

Ayapam Boutique Hotel
Pada sebelah malam, kami makan malam pada jam 7 malam. Kemudian, kami (pelajar SAS) berkumpul di bilik saya untuk melakukan persembahan pada pagi esok di Mekke Tahfiz School, Isparta.
Latihan Persembahan Nasyid 

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0