Merhaba Turkiye Bölüm 1

"Güle Güle Malezya, Merhaba Turkiye"


                   Alhamdulillah, impian untuk menjelajah "Turkiye Cumhuriyeti" tercapai.  Bukan mudah untuk datang ke sini bagi orang kebanyakan sepertiku. Tetapi, dengan rezeki oleh-Nya, pihak PIBG dan sekolah telah memberi tajaan sebanyak RM2000 dan selebihnya dibiayai oleh ibu dan bapaku. Terima kasih juga kepada Pak Longku kerana juga membiayai saya untuk program ini.


Segala keperluan telah disediakan 

                   Pada malam tersebut, Ahmed tak dapat tidur kerana terlalu teruja untuk ke sana. Bukannya mudah untuk menjejaki Bumi Al-Fateh itu. Pada jam 5.00 pagi, saya bertolak dari rumah menuju ke KLIA. Saya menaiki ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA pada jam 5.20. Tepat pada jam 6.00 pagi, saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menunaikan solat Subuh di sana. Pada jam 7.00 pagi, kami berkumpul di hadapan kaunter untuk mendaftar masuk bagasi.






Selepas itu, kami mendengar sedikit taklimat daripada Puan Masni sebelum bertolak dan bersalaman dengan para ibu bapa sebelum berlepas.






Kemudian, kami bertolak ke Satelit 1, KLIA untuk perlepasan. Kami menaiki pesawat Emirates Airlines dari KLIA dan transit di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu sebelum ke Istanbul, Turki.






Alhamdulillah pada jam 7.30 malam (GMT +2), kami tiba di Ataturk Havalimani (lapangan terbang Ataturk) dan disambut oleh Encik Yusuf Mehcur, Pengurus Dilruba Turki Travel yang juga selaku pemandu pelancong kami sepanjang berada di Turki. 








Kemudian, kami bergerak dari Ataturk Havalimani menuju ke Istanbul Dora Hotel untuk bermalam di situ. Sebelum itu, kami menjamu selera dengan hidangan Turki yang belum pernah dijamah di Malaysia...


Menemen, sejenis kuah yang dicicah bersama roti

Lahmajoon

Minuman Yogurt Asli yang sedikit masam rasanya



Restoran di mana tempat kami makan malam di Istanbul pada malam pertama

 Dalam perjalanan kami ke hotel, kami telah melihat keindahan panorama bandar terbesar di Turki, Istanbul yang merupakan satu-satunya bandar yang terletak di antara dua benua iaitu Eropah dan Asia (Anatolia). 
Istanbul, bandar antara dua benua


Ketibaan di Istanbul Dora Hotel


Setakat ini sahaja untuk entry kali ini. Bertemu lagi dalam entry yang seterusnya...

HOŞ GELDİNİZ!

"GÜLE GÜLE MALEZYA, MERHABA TURKIYE"

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0