Merhaba Turkiye Bölüm 8

18/12/2014

Alhamdulillah, pada hari ini kami bangun lebih awal daripada biasa di Hotek Yiltok, Avanos dan AccuWeather.com menunjukkan suhu di kawasan tersebut agak rendah iaitu -1°C. Hal ini kerana kami akan meneruskan perjalanan ke Ankara, ibu negara Turki untuk melawat kediaman rasmi Duta Malaysia ke Turki. Perjalanan yang mengambil masa empat jam dan  harus menepati masa memaksa kami untuk bersiap lebih awal serta mengambil sarapan pada jam 6.00 pagi dan seterusnya memulakan perjalanan pada jam 6.30 pagi...


Dalam perjalanan

Peribahasa Bahasa Inggeris yang ditulis oleh Teacher Anita
Ankara dijadikan ibu negara pada zaman kepresidenan Mustafa Kemal Ataturk selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah. Terdapat 4 bandar di Turki yang dijadikan ibu negara semasa zaman Empayar Turki Uthmaniyyah dan Turki Moden:
  1. Bursa (1326M-1362M)
  2. Edirne (1363M-1453M) 
  3. Islam Bol/Istanbul (1453-1923M)
  4. Ankara (1923M-kini

Selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah, banyak peristiwa telah berlaku di Dunia Islam....



Alhamdulillah, pada jam 11.00 pagi, kami tiba di Ankara...

Ankara

Pada mulanya, pemandu bas, Kapten Zafer tidak mengetahui di mana terletaknya residensi tersebut walaupun telah dimaklumkan alamatnya. Kemudian, Encik Yusuf mengambil inisiatif untuk menaiki teksi tempatan kerana mereka (pemandu teksi) sudah biasa dengan selok-belok jalan di bandar Ankara dan kami mengikutnya dari belakang.

Alhamdulillah, 15 minit kemudian, kami tiba di Residensi TYT Duta Malaysia ke Turki.


Residensi TYT Duta Malaysia di Turki (Tingkat 10)
Ruang tamu

Barangan kaca
Kami juga telah mengadakan sesi dialog bersama TYT Dato Amran Mohamed Zin, Duta Malaysia ke Turki tentang isu-isu semasa yang berlaku di dunia yang dibincangkan dalam PBB seperti MH370,MH17, isu Palestin dan lain-lain. Selain itu, beliau juga menerangkan proses untuk menjadi seorang duta. Prosesnya adalah:

  • Mengambil apa-apa jurusan yang berkaitan di universiti
  • Memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di JPA
  • Mengambil peperiksaan kelayakan
  • Jika lulus, ditawarkan pengajian di peringkat diploma di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Setelah tamat pengajian, memulakan kerjaya di Kementerian Luar
  • Dihantar ke negara tertentu dan menjadi DUTA MALAYSIA
Beliau juga berpesan:

"Apabila kamu melanjutkan pelajaran ke luar negara, janganlah kamu lupa daratan dan tidak mempunyai semangat patriotisme"


Kami disajikan dengan makanan Malaysia iaitu Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Daging Kurma, Papadom dan lain-lain...

TYT Dato Amran Mohamed Zin, Duta Malaysia ke Turki

In Shaa Allah, jika ada ruang dan peluang, saya juga ingin berkerjaya sebagai Duta satu hari nanti, In Shaa Allah...


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Bolu, sebuah bandar yang terletak di antara bandar Ankara dan Istanbul dan bermalam di Emniyet Hotel...

1943 Tarihi Emniyet Otel

Pada sebelah malam, kami menjamu restoran di hotel tersebut dan menghidangkan makanan ala-ala Kenny Rogers Roasters...


Sayuran Segar

Nasi Ayam
Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Atatürk: Mencari Makna Di Balik Gelar

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 5.0

A Small Adventure on Uncle Sam's Land 2.0