Sabtu, 13 Disember 2014,
Alhamdulillah, pada hari ini saya bangkit pada jam 5.40 pagi (GMT +2). Saya bersiap untuk meneruskan pengembaraan di Bursa. Pada jam 7.00 pagi, saya turun ke restoran hotel untuk mengambil sarapan pagi. Seterusnya, kami bertolak ke Kampung Cumalıkızık yang terletak di kaki Gunung Uludağ di timur Bursa. Kampung ini sangat unik kerana telah berusia hampir 700 tahun. Kampung ini asalnya merupakan kawasan petempatan pada zaman awal kerajaan Turki Uthmaniyyah dan struktur binaan serta cara hidup masyarakatnya di sini sejak zaman tersebut masih kekal hingga kini. Dahulu, terdapat 265 buah rumah kayu yang dibina di kampung ini dan kini, anggaran sebanyak 190 buah yang masih tinggal. Nama kampung ini iaitu Cumalıkızık berasal daripada gabungan dua patah perkataan dalam bahasa Turki iaitu Cumalı yang bermaksud jumaat dan Kızık pula bermaksud kampung. Dahulu, kampung ini menjadi tempat berkumpulnya orang-orang zaman tersebut untuk menunaikan solat Jumaat dan akhirnya, kawasan ini dijadikan kawasan petempatan.
 |
| Recep Altepe, Datuk Bandar Bursa (Parti AK) |
 |
| Mengambil gambar dengan rombongan guru dan pelajar |
 |
| Rumah kedai |
 |
| Peta kampung Cumalıkızık |
 |
| Jalan kampung yang berbatu |
 |
| Encik Yusuf Mehcur sedang memberi penerangan tentang rumah ini |
 |
| Bergambar di hadapan sebuah rumah di kampung tersebut |
 |
| Di hadapan pintu sebuah rumah |
 |
| Dibina menggunakan tanah liat Adobe, kayu dan batu Rubble |
 |
| Buku Yang Menceritakan Tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Bursa |
 |
| Perahu lama |
 |
| Kucing Turki |
 |
| Cumalıkızık Camii |
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Afyonkarahisar, sebuah bandar yang terletak di antara Bursa dan Pamukkale. Afyonkarahisar (Istana Hitam Opium) dahulunya merupakan kawasan yang terdapat banyak pokok popi yang digunakan untuk membuat opium dan juga terdapat sebuah istana dan batu hitam. Kami berkesempatan untuk membeli belah di Pusat Membeli Belah Afium.
 |
| Kedai Eksklusif Menjual Barangan Kelab Sukan Galatasaray |
 |
| Lepak di hadapan kedai-kedai di Afium Shopping Centre |
 |
| Alam Shah, Alam Shah, Sedia! |
 |
| Burger King di Afium Shopping Mall, Afyon |
Pada malam tersebut, kami menginap di Hotel Grand Çinar untuk merehatkan diri bagi meneruskan perjalanan pada esok hari...
 |
| Bergambar di hadapan hotel |
 |
| Bergambar bersama pengurus hotel dan Nazri |
 |
| Gambar Mustafa Kemal Ataturk, bendera Turki dan Lirik lagu kebangsaan Turki, İstiklâl Marşı |
Thumbs up Amsyar :)
ReplyDelete