20/12/2014
Alhamdulillah, bangun pada awal pagi seperti biasa untuk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Pada hari ini, kami melawat Istanbul di bahagian Old City iaitu kawasan yang menempatkan bangunan-bangunan bersejarah seperti Hagia Sophia, Sultan Ahmet Camii dan Istana Topkapi. Keadaan cuaca pada waktu pagi yang 'clear' memudahkan lawatan kami. Pada jam 8.30 pagi, kami tiba di sana.
Kami memulakan pengembaraan di Istanbul di Hagia Sophia. Nama ini sudah biasa bagi mereka yang mengkaji sejarah Empayar Turki Uthmaniyyah. Bangunan ini merupakan Gereja Kristian Ortodoks Timur semasa zaman Empayar Rom Timur (Byzantine) yang berpusat di Konstantinople (kini Istanbul) dan seterusnya ditukarkan menjadi Masjid ketika pembukaan kota Konstantinople oleh Sultan Mehmed II (Fatih) dan akhirnya, semasa pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk, diubahnya Masjid Aya Sophia menjadi muzium. Semoga satu hari nanti, Hagia Sophia ini menjadi Masjid semula...
 |
| Di hadapan Hagia Sophia |
 |
| Hagia Sophia |
Kemudian, kami telah melawat Istana Topkapı, sebuah istana yang merupakan kediaman Sultan-Sultan Uthmaniyyah pada tahun 1465M sehingga tahun 1856M apabila Sultan Abdülmecid I (Abdul Majid I) berpindah ke Istana Dolmabahçe yang baharu. Berikut adalah senarai istana yang menjadi kediaman Sultan-sultan Turki Uthmaniyyah daripada abad ke 14 hingga abad ke 19:
- Topkapı Sarayı (1465 - 1856)
- Dolmabahçe Sarayı (1856 - 1887)
- Yıldız Sarayı (1887–1909)
- Dolmabahçe Sarayı (1909-1922)
 |
| Dewan Mesyuarat |
 |
| Pengawal Istana Topkapı |
 |
| The Fountain of Ahmed III |
 |
| Maklumat mengenai The Fountain of Ahmed III |
 |
| Bâb-üs Selâm (Pintu Kesejahteraan) |
 |
| Model Istana Topkapi |
 |
| Adalet Kulesi ( Menara Keadilan) |
 |
| Bâbüssaâde (Gate of Felicity) |
 |
| Fatih Köşkü (Conqueror's Pavillion) |
Istana ini telah dijadikan muzium dan menempatkan banyak harta suci (Holy Relics) peninggalan Rasulullah SAW dan zaman Khulafa' Ar-Rasyidin seperti pedang, pakaian, tongkat di samping harta peninggalan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Sultan Ahmet Camii (Masjid Sultan Ahmet/Masjid Biru) yang terletak bertentangan dengan Hagia Sophia. Masjid ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Ahmed I pada tahun 1609 dan disiapkan pada 1616. Fungsi masjid ini dibina adalah untuk menonjolkan keindahan seni bina Islam kerana Hagia Sophia menonjolkan seni bina umat Kristian Ortodoks juga menjadi kebanggaan mereka. Kami menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar di masjid tersebut.
 |
| Sultan Ahmet Camii |
 |
| Kubah Masjid |
 |
| Hiasan dalaman masjid |
 |
| Ahmed bergambar dengan masjidnya sendiri hehehe |
Setelah itu, kami menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di Old City. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Grand Bazaar, sebuah tempat membeli-belah yang tidak asing lagi bagi para pelancong. Dalam perjalanan
 |
| Pintu masuk Grand Bazaar |
 |
| Suasana di Grand Bazaar |
Hendak dijadikan cerita, apabila saya, Zaki, KA dan Naqib berhenti di sebuah kedai menjual pakaian berjenama. Naqib hendak membeli t-shirt untuk kakaknya. Pekedai itu bertanya " Which one?", Naqib memilih t-shirt berwarna pink yang sesuai untuk wanita. Kemudian, saya bertanya "Ne kadar?", Dia berkata " 80 TL",. Mahalnya! Saya tawar-menawar dengan dia untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Naqib berkata pada saya yang beliau tidak jadi untuk membelinya. Oleh itu, saya berkata kepada peniaga itu bahawa kami tidak jadi membelinya dengan sopan. Dia juga menawarkan harga yang lebih rendah tetapi kami menolak untuk membelinya. Apabila dia memandang tempat lain, kami segera meninggalkan kedainya. Apabila dia menyedarinya, beliau menjerit "Sh*tt!!!", Kami terkejut lantas segera berjalan ke tempat lain. Inilah peristiwa yang tidak akan kulupa sepanjang berada di Turki. Apabila saya membaca cerpen dalam antologi tingkatan empat untuk subjek Bahasa Melayu yang bertajuk 'Jaket Kulit Kijang dari Istanbul', hal ini mengigatkan saya pada peristiwa yang sama berlaku terhadap penulis cerpen ini.
 |
| Cerpen yang terkandung dalam buku inilah yang mengingatkan peristiwa itu |
Saya telah membeli beberapa barangan seperti T-shirt, Turkish Delights, 'fridge magnet' dan rantai kunci sebagai cenderamata kenang-kenangan sepanjang pengembaraan ke bumi Al-Fateh ini. Nasihat saya untuk sesiapa yang ingin melancong di sini, apabila tiba di sesuatu kedai cenderamata yang tidak terletak di dalam Grand Bazaar, belilah barangan di kedai tersebut kerana barangan yang dijual di Grand Bazaar tidaklah semurah yang disangka.
Pada sebelah malam, Encik Yusuf telah membawa rombongan kami ke LC Waikiki (Uniqlo versi Turki) untuk membeli belah. Tetapi, saya, Zaki dan Nazri bersetuju untuk tidak mengikut sama ke sana kerana tiada barangan yang penting untuk dibeli di samping untuk menjimatkan wang (untuk perlaburan masa hadapan hehehe). Encik Yusuf kemudian bersetuju untuk membawa kami ke Fatih Camii untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak di sana. Saya juga bertanya kepada beliau jika beliau boleh membawa kami menziarahi Fatih Sultan Mehmed Türbesi (Makam Sultan Muhammad Al-Fatih) yang terletak di perkarangan masjid tersebut. Beliau bersetuju. Saya berasa seronok kerana dapat menziarahi makam sultan yang berjaya membuka kota ini setelah 800 tahun hadis mengenai pembukaan kota Konstantinopel disabdakan oleh Rasulullah SAW. Setelah menunaikan solat, Encik Yusuf dan Ferhan telah membawa kami ke makam baginda dan kami menyedekahkan Surah Al-Fatihah untuk baginda yang juga menjadi gelarannya iaitu AL-FATIH (pembuka)
 |
| Fatih Camii pada waktu malam |
 |
| Makam Sultan Muhammad Al Fatih (1432M-1481M) |
Setelah itu, kami dibawa ke sebuah restoran yang menyajikan kebab daging yang istimewa untuk makan malam..
 |
| Restoran Konya Mevlana |
Bersambung...
Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca