19/12/2014
Alhamdulillah, Günaydın! Hari ini, kami akan meneruskan perjalanan ke Istanbul yang mengambil masa selama 3 jam dari Bolu. Pada pagi tersebut, kami memulakan perjalanan pada jam 7.00 pagi selepas bersarapan di Emniyet Otel dan aktiviti pada pagi tersebut ialah lawatan ke Istanbul Gelişim Üniversitesi, sebuah universiti wakaf (swasta) yang baru sahaja dibuka pada tahun 2011. Kami juga melalui Boğaziçi Köprüsü (Jambatan Boğaziçi) menuju ke Istanbul
 |
| Di atas jambatan Boğaziçi |
 |
| Istanbul (bahagian Eropah) |
Pada hari tersebut, kami tiba di Istanbul lebih awal daripada yang dijangka. Jadi, Encik Yusuf bersetuju untuk membawa kami menunaikan solat Jumaat (bagi lelaki) di Fatih Camii (Masjid Sultan Muhammad Al Fatih) yang terletak di Persiaran Fatih, Istanbul.
 |
| Fatih Camii |
 |
| Pintu gerbang |
 |
| Tempat Wuduk di dalam perkarangan masjid |
 |
| Suasana di dalam Fatih Camii sebelum solat Jumaat |
Khutbah disampaikan dalam Bahasa Turki. Saya cuba memahami dan menghayati khutbah tersebut. Setelah itu, kami menunaikan solat Jumaat di masjid yang dinamakan sultan yang terkenal pada zaman Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu Sultan Mehmed II (Fatih). Semasa keluar daripada ruang solat, kami ternampak dua orang anggota polis Turki telah menangkap dua orang kanak-kanak yang meminta derma di kawasan masjid. Pada mulanya, kami agak terkejut dengan tindakan yang dilakukan sebegitu rupa. Tetapi, setelah bertanya pada Encik Yusuf, beliau berkata undang-undang di Turki tidak membenarkan sebarang kutipan derma dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa. Oh! Sangat 'strict'nya undang-undang di Turki. Teringat saya pada peraturan yang sama dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Istanbul Gelişim Üniversitesi yang terletak di Avcılar, Istanbul. Kami tiba di sana pada jam 1 petang. Universiti ini menawarkan pelbagai jenis kursus seperti Kejuruteraan Awam, Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa, Perubatan, Psikologi dan Teknologi Maklumat.
 |
| Bangunan Rektor Universiti Gelişim |
 |
| Foyer Universiti |
 |
| Kereta mesra alam yang dicipta oleh mahasiswa universiti tersebut |
 |
| Dewan kuliah |
 |
| Suasana di kelas Psikologi |
 |
| Makmal komputer yang canggih |
 |
| Auditorium |
Pada hari tersebut, saya telah menyampaikan ucapan penghargaan semasa perjumpaan dengan Presiden dan Rektor universiti tersebut...
 |
| Speech! |
 |
| Sesi soal jawab bersama Presiden Universiti |
 |
| Penyampaian cenderamata kepada Presiden |
 |
| Bergambar bersama Presiden dan Rektor universiti |
 |
| Di hadapan Fakulti Kejuruteraan |
Waktu sudah hampir senja tatkala kami keluar dari dewan auditorium tersebut. Kemudian, Encik Yusuf telah membawa kami bersiar-siar di Jambatan Galata dan menikmati pemandangan Istanbul pada waktu malam.
 |
| Kelihatan Suleymaniye Camii dan Menara Galata (warna biru) |
 |
| Cruise melalui bawah Jambatan Galata |
Kami berpeluang untuk merasai Sandwich Ikan di sebuah restoran di Jambatan Galata...
 |
| Sandwich Ikan (gambar hiasan) |
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Istanbul Dora Hotel, hotel yang pertama kami menginap ketika tiba di Turki.
Bersambung...
Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca