15/12/2014
 |
| Duta-duta SAS! |
Alhamdulillah, pagi dimulakan seperti biasa. Pada hari ini, kami akan melawat sebuah sekolah tahfiz yang terletak di bandar Isparta. Bandar ini terletak di bahagian barat daya Anatolia. Setelah menjamah sarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke sana dengan berpakaian formal (blazer!). Pada jam 11.00 pagi, kami tiba di Mekke Erkek Kuran Kursu (Maahad Tahfiz Lelaki Mekke). Maahad tahfiz ini hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja seperti SAS. Kami juga berkesempatan untuk berjumpa Selim Hoca, salah seorang guru maahad tersebut (kalau tidak silap) yang boleh berbahasa Inggeris walaupun rata-rata guru dan pelajarnya kurang fasih berbahasa Inggeris.
 |
| Ketibaan di Maahad Tahfiz Mekke |
 |
| Gambar para pelajar tahfiz mengikut tingkatan |
Kami juga berpeluang untuk melihat suasana pembelajaran di dalam kelas Permulaan (Beginner)...
 |
| Suasana pembelajaran dalam kelas |
 |
| Di dewan utama |
 |
| Mendengar ucapan daripada pengetua maahad tahfiz tersebut |
Kemudian, kami menjamu selera di dewan makan maahad tersebut. Untuk pengetahuan semua, terdapat seorang pelajar lelaki dari Malaysia belajar di sana. Namanya Syafiq. Setelah menamatkan pengajian pada peringkat menengah Rendah (PMR), dia menyambung pelajaran tahfiz di Mekke Tahfiz School ini dan In Shaa Allah akan kembali ke Malaysia untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Selepas itu, kami bergerak ke sebuah lagi maahad tahfiz di Isparta yang menempatkan pelajar perempuan semuanya. Di sekolah ini juga terdapat empat orang pelajar dari Malaysia yang belajar di sini. Selim Hoca juga menyatakan bahawa beliau sedia menyediakan biasiswa untuk pelajar Malaysia untuk mengambil pengajian Tahfiz Al-Quran di sini...
 |
| Para 'Ladies' dan Syafiq (kanan) |
 |
| Saudari Anis Munira bersama empat pelajar wanita dari Malaysia |
 |
| Ladies! |
 |
| Bilik Tayang |
 |
| Pengetua Maahad Tahfiz Wanita Mekke sedang menyampaikan ucapan |
Selepas itu, kami menunaikan solat fardhu Zohor dan Asar secara Jamak Takdim dan Qasar di Camii (masjid) yang terdapat di sekolah tersebut. Pada jam 2.00 petang, kami bertolak ke Beyşehir Gölu (Tasik Beyşehir). Tasik ini merupakan tasik ketiga terbesar di Turki yang berkeluasan 656 kilometer persegi. Tasik ini merupakan tasik air tawar (freshwater)...
 |
| Beyşehir Gölu Hoş Geldiniz |
 |
| Tepe (bukit) ve Kale (istana) |
 |
| Komando Kampı (Kem Komando) |
 |
| Kem Komando Tentera Turki dan terdapat bendera Turki di atas lereng bukit |
 |
Panorama Beyşehir Gölu
|
Kami tiba di Provinsi Beyşehir selepas masuknya waktu solat fardhu Maghrib. Kami tiba di Restoran Balik, sebuah restoran yang menyediakan masakan ikan air tawar yang segar dari tasik. Kami dihidangkan dengan Ikan Kap Goreng yang besar...
 |
| Menunggu ikan! |
.jpg) |
| Ikan Kap Goreng (gambar hiasan) |
 |
| Freshly Baked Bread!!! |
 |
| Sayuran Segar, Yogurt dan Sos Tomato |
 |
| Segarnya ikan-ikan ini! |
Di sini juga terdapat pertandingan Labu Paling Besar yang menyaksikan ramai orang Turki berlumba-lumba untuk menanam labu dan menjaganya hingga menjadi besar.
 |
| Besarnya Labu! |
 |
| Sate Ikan |
 |
| Di hadapan Pintu Gerbang |
Setelah makan malam, kami menuju ke Esrefoğlu Camii, sebuah masjid yang dibina pada zaman Kesultanan Rom Seljuk yang telah berusia 700 tahun. 90% rekabentuk masjid tersebut kekal dalam bentuk yang asal manakala 10% bahagian lagi telah diubahsuai. Imam Besar masjid tersebut ialah Ismail Efe. Terdapat 42 tiang seri di dalam masjid tersebut yang dibina menggunakan kayu balak dan terdapat mimbar yang dibina menggunakan pokok chestnut.
 |
| Mimbar masjid yang dibina menggunakan pokok chestnut |
 |
| Tempat Hoca untuk menyampaikan kuliah |
 |
| Mihrab masjid |
Setelah hampir 45 minit berada di masjid tersebut, kami pun bertolak ke Hotel Anamas yang terletak tidak jauh dari masjid tersebut untuk merehatkan diri setelah seharian berjalan...
Bersambung...
Comments
Post a Comment
Ruangan Pembaca